BLOGGER BLOGGER TEGAR

Monday, February 24, 2014

Kini Kembali

Assalamualaikum semua. 


Apa khabar semua reader BM? Diharapkan semuanya sihat sihat belaka di luar sana. Mesti ramai (ramai ke?) yang tertanya tanya kemana BM menghilang selama ni kan? BM tak menghilang kemana pun just kesuntukan masa nak update blog ni. BM tahu dah bersawang blog nie. InsyaAllah mulai hari ini BM dah boleh luangkan masa walaupun update pendek saja kan. 

Apa yang BM buat selama tak update blog ni ye? 

Selama BM tak update blog ni, banyak benda yang perlu diselesaikan. Kalau nak tulis kat sini, memang tak muat la satu page kan. Jap lagi kalau tulis, mahu semua readers termuntah nak baca. hehe. Sekarang ni BM dah pun berada di kawasan baru, suasana baru, tugas baru. Alhamdulillah semuanya telah selesai.

Dah lama tak berblogwalking. hehe. Selalunya akan singgah di blog-blog yang tertentu aje. Kenapa yang tertentu aja? Maybe sebab blognya tidak terlalu berat untuk loading, menarik perhatian BM untuk baca, dan juga yang dah terpampang kat FB group tu kan. Tu pun tak banyak yang dapat BM blogwalking sebab kesuntukan masa. 

Jika ada sesiapa yang nak tinggalkan link blog anda, boleh la copy and paste dekat ruangan komen dibawah. Boleh la jugak BM visit readers punya blog kan. Kalau yang tinggalkan link kat komen blog ni, confirm BM baca punya. hehe

Okey lah. Sampai disini saja coretan kali ini. InsyaAllah berjumpa dilain masa.



Hak Milik Kekal,

MAIN SPONSOR

ASAL USUL KU

Blogger Perak - We Are Family