BLOGGER BLOGGER TEGAR

Monday, January 10, 2011

"KAWAN vs KELUARGA"-Mana lagi penting?

HAPPY FAMILY

VS

FRIENDS FOREVER

     Hidup ni penuh dengan suka dan duka. Setiap manusia mempunyai perasaan kan! Cuba cakap kat aku sape yang tak ada perasaan tu. Apa kena mengena perasaan ngan entry kali nie ek ? HAHA. Suka , duka , jeles dan macam macam lagilah perasaan manusia ni. Kita mesti perlukan seseorang untuk kongsikan perasaan kita bersama kan ? So, sekarang dah ada kena mengena kan ? HEHE.

          Antara kawan dengan keluarga ? Mana lagi penting dalam hidup kita ? Bagi aku kawan ni maksudnya rakan-rakan yang berada disekeliling kita. Manakala, keluarga pula bermaksud orang orang yang paling dekat dengan kita. Sebagai contohnya ialah ayah , ibu , kakak , abang dan adik. Persoalannya, siapakah diantara mereka ini lebih penting ? 

     Bagi aku of course la keluarga lagi penting kan. Sebab kalau tak ada mereka siapalah kita. betul tak ? Kalu mengenai perasaan aku , bukan semua perasaan aku , aku kongsi dengan keluarga. Contoh macam perasaan sedih aku , aku tak kongsi la dengan family aku. Bukannya aku tak nak kongsi tapi aku tak nak keluarga aku sedih sekali. Baik tak aku ni. HAHA.. Gurau je. Tak baik riak. Betul tak ? 

     Kawan bagi aku adalah orang yang aku kenal yang berada disekeliling aku. Aku selalu juga la kongsi suka duka aku ngan kawan kawan aku. Aku ada ramai kawan sebab dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 aku duduk asrama. Lepas tu aku masuk pula ke matrikulasi dan sekarang aku berada di IPTA. Korang boleh kalau nak kongsi ngan kawan kawan korang tapi korang kena pandai pilih kawan. Kawan yang baik adalah kawan yang boleh simpan rahsia kita sebagai kawan.

     TETAPI bukan semua fikir keluarga lebih penting daripada kawan. Ada segelintir yang  merasakan bahawa kawan lagi penting. Ini mungkin disebabkan oleh keluarga mereka tiada masa untuk bersama sama anak. Mungkin ibu dan bapa mereka sibuk bekerja sampai mengabaikan anak anak mereka. Bila anak bangun pagi je ibu dan bapa sudah tiada dirumah kerana sudah pergi ke kerja , apabila mereka balik ke rumah anak anak sudah tidur.  Ini akan menyebabkan anak mereka banyak menghabiskan masa bersama kawan kawan. Ibu bapa perlu menyediakan sedikit masa untuk bersama sama dengan anak mereka dan mengambil tahu mengenai perkembangan anak anak mereka. So, perhatian kepada semua ibu bapa. Luangkan lah walaupun sedikit masa bersama sama anak anda yea !

     So, kesimpulannya keluarga dan kawan sama penting tapi keutamaan ialah keluarga kita. Sebab mereka adalah orang yang paling paling paling dekat dengan kita. Kalau tiada mereka siapalah kita. Bagi sesiapa yang masih mempunyai keluarga , hargailah keluarga kita. Jangan sia siakan mereka selagi mereka masih hidup. 

Utamakan keluarga!Ingatlah yang tersayang !

1 comment :

nadzirah.zulkepli said...

yeah! ingatlah y terrrrrrrrrrrrrrsayang! :P

MAIN SPONSOR

ASAL USUL KU

Blogger Perak - We Are Family