BLOGGER BLOGGER TEGAR

Thursday, May 26, 2011

jejaka XXL pon boleh bergaya okey !!!!!

hai semua ! kali nie aku nak tulis entry pasal orang yang bersaiz XXL.. boleh kan? kalau tak boleh pon aku tulis gak.. HAHA.. orang saiz besar a.k.a gemuk boleh bergaya ke ?? mesti semua orang fikir orang gemuk tak leh nak bergaya kan... kalau tak semua pun ade la setengah yang fikir macam tu kan.. kompom punya lah !! you are totally wrong !!!! sebenarnya tak kiralah korang tinggi ke, kemetot ke, kurus ke gemuk ke pape je lah tapi asalkan korang tahu kod pemakaian yang betul, korang pasti akan nampak hebat dan bergaya..



entry kali nie nak fokus kepada cara pemakaian untuk orang bersaiz besar bagi nampak hebat dan bergaya !!

TIPS 1- WAJIB PAKAI TALI PINGGANG !!

     ini adalah bertujuan untuk membuatkan korang nampak lebih langsing sebab tali pinggang akan mengetatkan garis pinggang seluar yang dipakai. pemilihan warna tali pinggang juga penting ! jangan pilih warna yang terang kerana akan menampakkan korang gemuk.. AWAS !!

TIPS 2- ELAK GARIS MELINTANG

     katakan NO!! kepada baju garis melintang kerana ini akan menampakkan korang lebih gemuk dan lebar.. sebaiknya pakailah baju yang bergaris menegak kerana ini akan menampakkan korang lebih kurus daripada yang sebenarnya..



TIPS 3- KOLAR V

     penggunaan t-shirt berkolar V sememangnya sesuai bagi mereka yang berfizikal gemuk. ini akan menonjolkan lehermu dan menampakkan ia sedikit panjang. malah, korang akan kelihatan lebih bergaya dan selesa untuk menggayakannya.

TIPS 4- JANGAN PAKAI PAKAIAN YANG KETAT

     pastikan korang pakai baju yang muat dengan korang dan bukannya macam balut nangka.. pakaian yang ketat akan menonjolkan lemak korang dan jangan marah kalau ada orang cakap macam balut nangka je !!

itulah serba sedikit yang dapat aku kongsikan kepada korang semua.. mungkin lain kali kita boleh bertukar tukar pendapat atau apa saja lah !!


notakaki : nak tingkatkan traffik?? klik sini dan ikut arahan seterusnya..

MAIN SPONSOR

ASAL USUL KU

Blogger Perak - We Are Family