assalamualaikum
hari ni BM nak kongsi sikit mengenai masalah berdengkur . mungkin dalam rumah korang ada ahli yang mengeluarkan dengkuran yang kuat pada waktu malam yang menyebabkan ahli keluarga yang lain susah melelapkan mata .
untuk pengetahuan korang semua , berdengkur ini bukanlah disebabkan penat yang terlampau macam yang kebanyakan orang fikir selama ini . sebenarnya dengkuran ini terjadi apabila terdapat halangan pada saluran pernafasan mungkin kerana posisi tidur yang salah , pengumpulan lemak sekitar muka atau leher , dan mungkin juga habuk atau alahan . pengaliran udara yang sempit akan menyebabkan lelangit lembut kita bergetar sekaligus akan menyebabkan dengkuran .
apa kata kita cuba kurangkan dengkuran tersebut supaya tidak mengganggu orang lain yang hendak tidur .
calon-calonnya adalah : *macam anugerah khas pulak dah*
ubah posisi tidur anda
apabila kita tidur terlentang , ini akan menyumbang kepada dengkuran kerana posisi ini akan menghimpit saluran pernafasan kita . sila ubah posisi tidur anda untuk tidak berdengkur atau mengurangkannya . tidur mengiring ke kanan adalah sunnah Rasulullah kan ? amalkan lah .
turunkan berat badan
orang yang berbadan besar ini mempunyai lemak yang banyak di bahagian leher dan ini akan menghimpit saluran pernafasan . kurangkan berat badan dapat mengurangkan lemak di bahagian leher , so , ini akan mengurangkan dengkuran ataupun menghilangkan terus dengkuran itu .
jom guna breath right
korang penahkan nampak iklan ni di kaca tv . so , jom la kita cuba produk ini untuk mengurangkan berdengkur kerana produk ini dipercayai dapat mengurangkan dengkuran atau hilang terus .
haaaaa . belum habis lagi taw . BM ade lagi satu petua nak kurangkan atau menghilangkan dengkuran .
amalkan ini
amik tujuh biji badam . tumbuk sampai hancur atau lumat . lepas tu campurkan dalam satu gelas susu panas . minum susu yang dicampur badam tadi sebelum tidur dan amalkan selalu .
selamat beramal !
2 comments :
yeehhh mari menurunkan berat ^__^
*terima kaseh sudi folow blog cik ana..cik ana folow juga ni :)
daripada 4 langkah tu. 2 langkah je dapat ikut. 2 langkah lagi macam susah nak ikut. turunkan berat badan dan susu panas? huh. payah nya :)
nway, nice sharing
Post a Comment