BLOGGER BLOGGER TEGAR

Saturday, June 25, 2011

Hilangkan Bintik Hitam | BIRUMUDA91

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Anda ada masalah bintik bintik hitam di muka ? jika ada , jom baca entri nie.. entri kali ni akan berkisarkan mengenai bagaimana hendak menghilangkan bintik bintik hitam di muka yang menjejaskan penampilan kita.. 


sebelum kita mengambil langkah untuk menghilangkan bintik hitam ni , kita perlu kenali apa itu bintik hitam.. bintik hitam adalah pori pori yang tersumbat akibat penghasilan kalenjar minyak yang berlebihan.. terdapat dua jenis bintik hitam iaitu 'blackhead' yang kelihatan seperti pori pori yang membesar dan berwarna hitam.. manakala 'whitehead' pula adalah bintik hitam seperti jerawat kecil berwarna putih..


perbezaan diantara 'blackhead' dengan 'whitehead' adalah blackhead bintik hitam yang tertutup manakala whitehead bintik hitam yang terbuka.. bintik bintik hitam ini terjadi apabila sel sel kulit mati yang tersumbat , kalenjar minyak yang berlebihan , sisa solekan , serta udara panas dan lembab.. sekiranya kulit kamu bermasalah , permukaan kulit kamu akan terasa kasar dan tidak sekata .. semua ini , jika dibiarkan akan mengganggu penampilanmu..


disini terdapat tiga cara menghilangkan bintik hitam :


WAP


  • pengewapan wajah berfungsi untuk membuka pori pori kulit , merangsang peredaran darah pada wajah dan mengeluarkan kotoran pada kulit..
  • bersihkan wajah dengan susu pembersih..
  • wap wajah kamu lebih kurang 5 minit dengan menggunakan air panas.. jarakkan wajahmu dengan bekas air tersebut kira kira 30-40 cm..
  • kemudian gunakan tuala kecil untuk membuang bintik hitam dan sel kulit mati yang keluar dari wajahmu..
Gambar hiasan semata mata


SCRUBBING

  • ini merupakan salah satu cara yang paling cepat dan mudah untuk menanggalkan bintik bintik hitam pada wajah.. dengan pemakaian scrub , mungkin bintik bintik hitan pada wajahmu akan dapat disingkirkan dengan lebih cepat.. basahkan kulitmu dengan air dan kemudian sapukan scrub ke wajah dengan gerakan memutar.. kemudian bilas dan bersihkan dengan tuala kering dan akhir sekali sapukan penyegar untuk memberikan kesegaran pada kulit kamu..
Gambar hiasan


PORE PACK

  • pemakaian plaster yang ditampalkan pada hidung juga merupakan salah satu cara yang ringkas dan mudah untuk menanggalkan bintik bintik hitam pada hidung.. melalui cara ini , kamu boleh melakukannya di mana sahaja.. bagaimanapun pore pack ini hanya sesuai untuk bintik bintik hitam di kawasan hidung sahaja.. tetapi jika kamu tersalah mengaplikasikannya, kamu mungkin akan mengalami kepediahn ketika menanggalkannya.. seeloknya bacalah arahan penggunaan dengan teliti sebelum menggunakannya agar kamu tidak mengalami kesakitan ketika menanggalkannya..
sekadar gambar hiasan


SELAMAT MENCUBA 


2 comments :

mumui said...

banyak bintik2 hitam kat idung..... hihihi

Unknown said...

yang last tu paling senang. :D

MAIN SPONSOR

ASAL USUL KU

Blogger Perak - We Are Family