BLOGGER BLOGGER TEGAR

Thursday, June 23, 2011

Keputusan Penuh Malaysia VS Lubnan | BIRUMUDA91

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

haaa .. siapa penyokong bola pasukan Malaysia ? angkat jari !!! eh .. angkat jari la bukan angkat mouse .. aiseymen ... okey .. kang merepek memanjang je .. tadi baru je berlangsung perlawanan antara Malaysia dengan Lubnan .. 



Perlawanan tadi adalah untuk pra-kelayakan olimpik 2012 yakni pada tahun hadapan .. perlawanan sebentar tadi telah berlangsung di tanah air Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil .. kalau tak silap ada blogger yang pergi tengokkan .. semalam ada terbaca dalam page sahabat blogger ..



PERLAWANAN BERMULA

pada minit ke tujuh , Malaysia telah menjaringkan gol yang pertama .. penjaringnya adalah muhd irfan .. selepas dari tu je , pemain Lubnan nampak sedikit cemas kerana Malaysia telah mendahului dengan 1-0 .. sape yang tak tensionkan gol awal awal perlawanan .. tapi pemain Lubnan tidak berputus asa untuk mengejar .. Lubnan juga ada membuat sepakan kencang ke gawang gol Malaysia tetapi malangnya tidak berjaya masuk ke gawang gol Malaysia yang dijaga oleh Khairul Fahmi Che Mat yang berasal dari kelantan ..


5 minit sebelum separuh masa tamat Malaysia sekali lagi menjaringkan gol yang kedua .. kali ini disudahkan oleh pemain bernombor jersi 16 iaitu wan haikal .. pada separuh masa pertama terdapat 2 minit masa tambahan yang diberikan .. 



SEPARUH MASA PERTAMA TAMAT

start masa kedua , Malaysia telah mendapat 2 kali peluang untuk menjaringkan gol tetapi nasib tidak menyebelahi Malaysia kali ni .. seorang pemain Malaysia telah mendapat kad kuning yang kedua .. pada minit ke 54 , Lubnan telah mendapat gol yang pertama selepas berhempas pulas untuk menembusi gawang Malaysia .. selepas sahaja gol lubnan tadi , dua orang pemain telah mendapat kad kuning , seorang pemain Malaysia dan seorang lagi pemain Lubnan .. ini adalah kerana berlaku sedikit aksi tolak menolak diantara kedua dua pemain ..



pada minit ke 78 seorang pemain Lubnan dilayangkan kad kuning selepas menarik seorang pemain Malaysia yang sedang mengelecek untuk menjaringkan gol .. pada separuh masa kedua terdapat 3 minit masa tambahan diberikan .. selepas itu permainan berlangsung seperti biasa dengan masing masing pemain menunjukkan skill dan kehebatan tersendiri sehinggalah wisel penamat dibunyikan oleh pengadil yang bertugas yang diterbangkan khas dari Jepun .. 



KEPUTUSAN PENUH


MALAYSIA 2 - 1 LUBNAN 


No comments :

MAIN SPONSOR

ASAL USUL KU

Blogger Perak - We Are Family