Assalamualaikum dan salam sejahtera .
dalam pukul 11 tadi , mak BM goreng tempe .. hehe .. dulu BM penah cakap BM suka makan tempe .. BM start makan tempe masa masuk matrik dan sampai sekarang kalau ada tempe mesti BM amik .. hehe .. tempe sedap apa .. okey .. tempe nie sebenarnya makanan tradisional orang jawa .. tetapi BM ni bukan orang jawa yea .. kalau orang berketurunan jawa tak makan tempe tak tahu lah .. jangan jadi orang jawa lah .. haha ..
okey .. berbalik kepada tajuk .. tetibe masa makan tadi ada plak idea nak buat entri pasal kebaikan makan tempe nie .. tajuk entri kali ni 'khasiat tempe' .. BM nak kongsikan dengan readers semua kebaikan makan tempe ni .. kebelakangan nie BM suka nak kongsi kongsi ilmu yang BM ada ni .. hehe ..
sekadar gambar hiasan
KEBAIKAN TEMPE .
1. tempe mengandungi banyak protein , mudah dicerna dan baik untuk elakkan keracunan makanan .
2. mengandungi zat besi yang bersifat antioksidan yang dapat menurunkan tekanan darah .
3. mengandungi kandungan yang dapat mengendalikan radikal bebas iaitu superoksida desmutase . baik untuk pesakit jantung .
4. tempe mempunyai daya hipokolesterol yang dapat menurunkan kadar kolesterol .
5. mempunyai kandungan yang antioksidan yang dapat mengelakkan kanser .
6. dipercayai dapat mencegah hipertensi .
7. kandungankalsium yang tinggi . baik untuk elakkan osteoporosis .
haaa . tu adalah diantara khasiat makan tempe . sedap kot tempe ni . tapi tengok gak la sapa yang masak . kadang kadang tu , tempe tu tak sedap sebab tak reti masak .. hoho .. okey okey .. tu je buat masa sekarang yang BM nak kongsikan dengan readers semua ..
4 comments :
kekadang orang jawa pun tak reti makan gak tempe...kalau buat sambal tempe nie confirm terangkat la..
sangat berinfo.. selama nie makan tempe tak tau pun khasiat segala..
best2 info menarik..
fvrt tempe nih... waaaa.. mcm nak carik sekarang! waaa...
kire mkn tempe leh kurus la an hehe menurunkan kadar kolestrol..=))
Post a Comment