Assalamualaikum dan salam sejahtera .
"PUKAU"
semua orang penah dengar pasal pukau kan . pukau nie pulak banyak jenisnya . pukau angin lah pukau makanan la pukau ini la pukau itu la . macam macam ag lah . yang BM tahu pasal pukau ni , pukau ni ada dua . satu , pukau orang yang sedang sedar , boleh berdialog dengannya tetapi mindanya dikuasai oleh si pemukau sampai orang yang dipukau menurut segala perintah pemukau tanpa melawan atau melepaskan diri . pukau ini selalu digunakan untuk mencuri secara sedar .
yang kedua , pukau yang membuatkan orang yang sedang tidur , akan tidur lebih nyenyak sehingga tidak menyedari apa yang sedang berlaku di sekelilingnya . pukau jenis ini selalunya diguna pakai untuk pecah masuk rumah . pukau ini adalah syirik disisi islam kerana dapat memudaratkan orang lain dengan menggunakan bantuan syaitan dan jin .
melalui asap rokok pon boleh memukau orang
pukau boleh terjadi apabila pemukau menyentuh mangsanya , pemukau menghantarnya dengan jin ,mangsanya dipukau melalui makanan . adakah pembaca blog juga boleh dipukau ? jika anda tahu sila berkongsi maklumat dengan BM yea .
setiap penyakit atau masalah mempunyai jalan penyelesaian dan juga ubatnya kecuali kematian . pukau ini juga mempunyai cara cara untuk mengelakkan dipukau . lebih baik mencegah daripada merawat kan . sesetengah orang suka sakit dahulu baru nak dapatkan rawatan kan . itu salah ! jom cegah .........
dibawah adalah cara mencegah dipukau . Insyaallah berkesan .
1. amalkan doa ini .
“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
2. amalkan membaca ayat kursi selalu .
3. Al-fatihah .
4. serta , amalkan surah Al-Furqan ayat 23 .
maksudnya :
Dan Kami (Allah) hadapi segala amal yang mereka lakukan, lalu Kami (Allah) jadikannya debu yang berterbangan.
amalkan amalan diatas . Insyaallah kita dapat mengelakkan dipukau . dan niat juga penting . niatkan amalan diatas agar ALLAH hindarkan dari apa jua bahaya . INSYAALLAH .
berbalik kepada soalan BM tadi , adakah pembaca blog boleh dipukau juga ??
sumber : Al-kuliyyah beberapa hari lepas
5 comments :
ah, ingatkan sape bace blog orang pun boleh dipukau..heheh
dah tersalah faham, haha..bahaya lah kalau blog pun boleh pukau..
betul3..bila kita dekat dengan ALLAH maka ALLAH akan dekat dengan kita..^^
tq for sharing :)
Very useful info.. mula2 ingat kisah kena pukau melalui blog.. hahaha
Post a Comment