mesti korang pernah cemburu dengan rakan rakan korang apabila melihat mereka memakai pakaian yang berjenama , bergaya dengan barangan yang mahal mahal , memiliki kereta mewah.. sedangkan korang lagi tidak berkemampuan untuk memiliknya.. pakah impian korang untuk memiliki semua itu hanya tinggal impian?? sebenarnya tidak !! korang juga boleh memilikinya sekiranya korang bijak menguruskan wang korang..
kali ni BM nak bercerita mengenai bagaimana nak merancang perbelanjaan.. BM yang belajar akaun pun kadang kadang tak cukup duet kot.. haha.. BM dah cuba beberapa tips nie and its work !! jom ikut tips ni ..........
1. Berbelanja secara berhemah
ini amat penting untuk korang pelajari bagaimana nak rancang perbelanjaan korang.. kadang kadang kita ni asyik beli je apa yang terasa minat dihati tanpa memikirkan duit yang perlu digunakan pada masa hadapan.. kamu perlu membuat list barang apa yang akan korang beli bila korang pergi shopping.. ini akan membantu korang untuk mengikut list itu.. listkan barang keperluan yang penting sahaja..
2. Rancang kewangan
rancang kewangan adalah mudah tetapi untuk mengikuti apa yang dirancang adalah payah.. walau bagaimanapun , kegagalan korang untuk mengikutinya akan menjadi sumber motivasi di masa hadapan.. bertindaklah dengan bijak.. mintalah pertolongan daripada yang ariff seperti ibu bapa dan juga keluarga terdekat..
3. Belanja ikut kemampuan
disini memerlukan korang bijak untuk membelanjakan duit korang untuk membeli barang keperluan sahaja.. sekiranya korang tahu mana yang perlu didahulukan, korang bakal mempunyai simpanan sendiri.. selain itu korang juga perlu berbelanja mengikut keperluandan kemampuan.. sekiranya korang berbelanja dengan berlebihan, ia akhirnya mungkin akan membebankan korang dan kedua ibu bapa korang.. jadi tabiat yang buruk ini mesti dijauhi..
4. Simpanan melalui buku
salah satu cara yang boleh digunakan untuk mengawal dan menguruskan perbelanjaan harian korang adalah dengan menggunakan buku simpanan.. dengan cara itu, pengeluran duit sukar dilakukan.. korang tentu akan berfikir dua tiga kali untuk mengeluarkannya.. dari situ ia akan dapat mengawal pengeluaran wang..elakkan menggunkan kad atm yang banyak..
SELAMAT MENCUBA !!
No comments :
Post a Comment