hai semua pembaca setia blog BM.. harap semua sihat sihat belaka ye.. BM disini demam , batuk dan juga selsema sahaja.. haha.. perlu ke bagitahu?. sila simpati.. okey baiklah.. BM okey je walaupun demam.. masih lagi boleh menaip nie haa..
dah la tu tak yah nak merepek meraban kat sini ye BM..
hari ni BM nak kongsikan tips bagaimana nak atasi perbezaan antara kamu dan si dia.. sudah lama juga BM tak kongsikan tips tips ni dengan pembaca BM kan.. so , hari ni BM nak kongsikan lah.. harap harap dapat la sambutan ye.. tanpa melalut dengan perkara lain , jom tengok apakah tips tips yang ingin dikongsi bersama pembaca pembaca sekalian.........
1. kepada sesiapa yang bercinta dengan perkenalan yang singkat pastinya akan mempunyai banyak perbezaan antara kamu dan si dia.. Namun kamu tidak boleh cepat mengalah dengan perbezaan tersebut kerana persamaan bukanlah tiket untuk menentukan kebahagiaan hubungan kamu itu.. ada kalanya perbezaan itu boleh membuatkan kamu dan pasangan kamu lebih serasi bersama.. jadi , belajarlah bagaimana cara untuk mengatasi masalah perbezaan yang wujud diantara kamu berdua..
2. pastikan kamu tidak keliru dengan mencintai dan juga memerlukan.. memerlukannya adalah memerlukan kamu pada waktu kamu rasa sedih dan perlukan tempat bergantung serta berkongsi rasa.. bila kamu memerlukan , kamu tidak akan mampu hidup tanpa dirinya berbeza pula dengan mencintai.. cinta bererti kamu terus mampu hidup dan bahagia biarpun sidia jauh dengan kamu malah sentiasa mengasihinya biarpun sikap romantisnya semakin pudar..
3. jadilah pengawal tunggal atas emosi kamu sendiri dengan belajar untuk mengatasi emosi kamu tanpa menyalahkan si dia.. bertanggungjawab penuh atas rasa tertekan , membela diri atau ketika permintaan kamu tidak terpenuhi..
4. tanyakan diri anda , " apa yang perlu kamu lakukan untuk jadi lebih baik? " daripada pening memikirkan apa yang harus orang lain lakukan untuk kamu.. kemudian tanyakan pada diri kamu , " bagaimana saya ingin pasangan saya rasa ? " dan " apa yang boleh saya lakukan untuk membantunya merasakan seperti itu ? " dengan ini kamu akan dapat mengatasi rasa tidak puas hati apabila dia tidak sama seperti kamu..
5. pelajarilah cara untuk memberitahu si dia apa yang kamu inginkan darinya.. ingatlah ada kalanya ketika kamu ianya boleh menimbulkan rasa kurang senang pada orang lain.. oleh kerana itu , lebih baik jadi orang yang bertanggungjawab pada diri sendiri daripada mengharapkan si dia melakukan sesuatu yang membuat kamu merasa lebih baik..
SELAMAT MENCUBA !! ^^
Hak Milik Kekal,
1 comment :
thanx for sharing.. sangat bagus tips ni
Post a Comment