BLOGGER BLOGGER TEGAR

Friday, August 12, 2011

Wanita Suka Lelaki Tak Suka

Assalamualaikum dan salam sejahtera
^^


apa khabar sahabat rakan taulan pembaca diluar sana ? harap harap semuanya sihat belaka.. Alhamdulillah kita telah masuk ke minggu yang kedua di bulan ramadhan yang penuh dengan barakah ini.. semua orang puasa kan ?? aik ? ada yang tak angkat tu asal ? oowhhh.. bulan dah datang yea.. takpe takpe.. rezeki perempuan dapat cuti.. yang lelaki jangan nak memandai yea ponteng puasa.. anda tiada cuti....


macam dah lari jauh dari tajuk kita hari ni.. semua faham tak tajuk kita hari ni? tajuk hari ni adalah wanita suka lelaki tak suka.. ni tajuk pendeknyalah kan.. kalau tajuk panjangnya adalah perkara yang disukai oleh wanita tetapi tidak disukai oleh lelaki.. jom kita usha apakah perkara tersebut.. tengok siapa yang kena........


1. cerewet- kebanyakan lelaki tidak suka wanita yang sangat sangat sangat cerewet.. susah kalau dapat yang kuat cerewet nie.. kalau cerewet sikit sikit tu boleh la tahan lagikan.. ce bayangkan kalau dapat yang cerewet tahap dewa tu..



"u , pakai la jeans.. kalau u pakai slack nampak hodoh laa.."

2. kuat berleter- haaa.. yang nie mungkin hobi kebanyakan wanita.. berleter nie lebih kurang gak la macam cerewet.. kalau nak berleter sikit sikit tu boleh la tapi kalau dah sampai tahap dewa 19 tu jangan haraplah si lelaki ni nak tahan dengan sikap anda tu yea..



3. sombong- untuk pengetahuan wanita wanita melayu terakhir , si lelaki ini tidak suka wanita yang terlalu sombong dan juga terlalu ramah.. kenapa tak suka yang terlalu ramah ? sebab kalau terlalu ramah ni mungkin akan menyebabkan lelaki ini berfikir bahawa wanita ini seorang yang kuat sosial.. dan janganlah sombong sangat.. lelaki pun susah nak dekati anda yang sombong nie..



4. tidak bersopan- haaaa.. nie tanya la mana mana lelaki.. mereka suka tak kalau wanita tidak bersopan santun.. lagi lagi dengan keluarga kita.. jangan terlalu over yea wanita ! :D

5. ungkit kisah lama- wanita nie seorang yang agak emosional.. kalau tengah emo tu semua benda boleh keluar lagi lagi benda yang sudah lepas dan berkaitan dengan masa silam si lelaki.. lelaki memang tidak suka apabila si wanita mengungkit kisah lama si lelaki lagi lagi tentang yang buruk buruk sahaja diungkit..









Hak Milik Kekal,

12 comments :

Firdaus Life said...

berleter dan cerewet. sangat tidak tahan

Luqeem™ said...

bagus gak perempuan ada semua tu, jaga sikit maruah dan harga diri,..

p.s: cuba bayangkan laki ada semua tu, memang kelam dunia..hehe

Syazwan Che Deraman said...

cerewet?..
tak salahkan if cerewet, sebab nakkan yang terbaik..tapi kalo dah melampau..naya la kta bro..hehe

berleter?..
mungkin bila kapel, pompuan yang berleter nie looks cute..tapi bila dah kawin?..macam mana la agaknya kan?

sombong?..betol tu, ada baiknya.

yang ungkit kisah lama tu paling aku tak tahan..

shafiqabdshukor said...

hehehehe..
ad gak memahami..

Ukhtifarhana said...

cerewet? alhamdulillah..aku tak cerewet...

kuat berleter? berleter tentang ape tu?kadang2 perlu jugak berleter if something yang dilakukan pasangan tu salah..bukan berleter..menegur..hehehe

sombong? iskh3....tak baik sombong2 ni..terlebih ramah pun tak boleh jugak..ape pun,wanita dilahirkan dengan sifat malu yang tebal..if dah takde malu,wallahualam..tak taula wanita jenis ape tu...

tidak sopan?yup..yang ni 100pecent setuju...buruk benor perempuan takde adab sopan...camane nak jadi menantu solehah...hehehe...

ungkit kisah lama?iskh3..ni pun tak baik...terimalah pasangan kita seadanya...tak perlu lagi diungkit perkara yang lepas2...setiap manusia melakukan kesilapan..=)

hehehehe...=D

syu said...

hurm, sombong? situasi mcm mane yg sebabkan lelaki fikir ppuan sombong?

tak tegur? itu pown kire sombong? lelaki laa yg kene tegur ppuan kan? takkan ppuan yg hegeh2 nak tegur si lelaki. hurm~

syazwan said...
This comment has been removed by the author.
syazwan said...

perempuan sombong ler bagus... kata SAIDINA ALI R.A. 3 perkara yg huduh klu ada kat laki tapi baik untuk perempuan.. 1. lelaki kedekut huduh perangai tapi klu da kat perempuan bagus.. 2. lelaki klu sombong teramat lar huduh tapi kat perempuan bagus sangat... 3. klu lelaki penakut lagi lar huduh tapi permpaun klu ada kat perempaun teramat lar bagus...

vendoline said...

yeah..pompuan kne gak la sombong sikit
lelaki mesti la nak yg yg almost perfect

Abe Goreng said...

Haha.susah nk puaskan hati kedua-dua pihak ni. baik laki atau pompuan. So better terima je baik buruk psgn masing2 kerana setiap kekurgn & kelebihn tu sbnrnye melengkapi suatu sama lain. :D

Watak Kartun Di zombi Kg.Pisang Kan!!!

nurpiska said...

sombong tu kdangkale bgos..

Suza said...

hahaha ... sgt best baca lh wheeeee ! suker entri nie .. mohon share di fb yer thanks !

MAIN SPONSOR

ASAL USUL KU

Blogger Perak - We Are Family