BLOGGER BLOGGER TEGAR

Wednesday, May 8, 2013

Kepergian Nenek Tersayang

Minggu lepas adalah minggu PRU dan kami diberikan cuti selama seminggu.  Cadangnya nak balik ke rumah hari jumaat disebabkan hari khamis stil ada kelas tetapi kawan kawan ramai balik 30 april. So, malam selasa tu aku jadi pemandu teksi yang menghantar kawan kawan ke Changloon. As we planned to go to cinema lepas hantar kawan kawan, unfortunately cinema memang penuh gila, ramai dah beratur. So, we have decided to postponed our intention to watch Iron Man and kami pon pergi makan. Perut dah lapar masa tu.

Dah sampai kat kedai makanan, kami pon order la makanan and aku order nasi goreng daging merah if I'm not mistaken. Masa tu dalam pukul 9.40 malam. tengah-tengah makan, aku dapat call dari my mum dan masa tu terus tak sedap hati. Angkat je call terus dapat dengar suara my mum dalam keadaan yang menangis, my mum told me that my grandma is no longer alive. 

"Opah dah takde dah ali, baru je nie" kata mak dalam keadaan yang menahan air mata.

"Kak cik, Cho, Cek nyah dah tahu ke mak?" Tanya aku untuk dapatkan kepastian.

"Cek nyah dah tahu. Nanti dia telipon Kak cik dengan Cho. Dorang nak balik malam nie sama-sama. Kamu jangan pulak balik malam nie sebab kamu sorang-sorang. Balik pagi esok jelah." Kata mak sebelum sempat aku mengatakan hasrat untuk balik malam tu jugak.

Terus aku tak ada selera nak makan dan kami bertiga tidak berkata-kata terdiam. Lepas sahaja mereka menghabiskan makanan, kami terus pulang ke kampus. Diam tiada bersuara semua orang di dalam kereta. Sampi je di kolej kediaman, aku terus mengemaskan barang dan tidur walaupun malam masih muda. Maklumlah nak drive pagi esok sorang-sorang pepagi buta bukan senang.


5.30 Pagi

Mata dah terbuka dan terus bangun. Capai tuala terus mandi tanpa memikirkan betapa sejuknya air pada pagi tu. Dah tak dapat pikir apa-apa dah selain nak balik dan sampai ke rumah dengan cepat. Selesai sahaja solat subuh, terus bergerak pulang keseorangan. Selamat sebelum balik dari makan semalam dah isi minyak full tank. Tinggal duit tol sahaja. 

Kebiasaanya, perjalananku dari Sintok ke Kuala Kangsar mengambil masa 3 jam tanpa berhenti tetapi pada pagi tu, perjalananku hanya mengambil masa 2 jam setengah sahaja. Aku pun tak tahu berapa laju yang aku bawa. 

Sesampai sahaja di rumah, sudah ramai adik beradik, saudara dan teman rapat keluarga berada di rumah aku. Masuk je rumah nampak semua orang sedang menenangkan diri menahan air mata. Tiba-tiba mak datang ke arah aku dan menyuruhku melihat nenek buat kali terakhir. Air mataku tidak dapat ditahan lagi. Aku duduk disisi jenazah nenekku. 

Selepas sahaja aku sampai di rumah, sejam kemudian, jenazah nenek dimandikan, dikapankan dan disolatkan. Aku adalah salah seorang jemaah yang buat solat jenazah. Sungguh sedih masa menyempurnakan solat jenazah tersebut. Sebelum solat jenazah, semua orang diberikan kesempatan untuk mengucup jenazah buat kali terakhir. Aku tidak melepaskan kesempatan tersebut kerana itu adalah kali terakhir aku mengucup arwah. 

Jenazah dibawa menggunakan van untuk ke kawasan perkuburan. Jauhnya kira kira 30KM dari kawasan rumah aku kerana jenazah akan dikebumikan di kampung jamuan. Selesai sahaja jenazah dikebumikan, kami sekeluarga duduk di rumah lama nenekku sebelum pulang ke rumah untuk bersiap sedia untuk majlis tahlil pada malamnya itu. 

Hati ini sedih sekali dengan pemergian nenek tetapi redha kerana sudah ditakdirkan nenek meninggal pada tanggal 30 april. Aku sedih kerana tidak dapat menunaikan permintaan nenek yang hendak tinggal di rumah lamanya. Tiada sesiapa yang berada di rumah lamanya jika kami benarkan nenek tinggal di situ.Aku sudah berniat untuk menemani nenek untuk tinggal dirumah lamanya kerana aku akan bercuti selama seminggu bagi PRU13 ini. Tetapi niat aku hanya tinggal niat kerana nenek sudah menghadap Ilahi sebelum sempat aku menunaikan niatku ini. Hati ini sedih kerana tidak sempat menunaikan hasratnya.

Semoga Arwah ditempatkan ditempat orang orang yang beriman.

Al-Fatihah.


Hak Milik Kekal,

No comments :

MAIN SPONSOR

ASAL USUL KU

Blogger Perak - We Are Family