Interlok adalah hasil tulisan sasterawan Negara , Datuk Abdullah Hussain. Ada sesetengah pihak dengan sengaja memanipulasi dan mempolitikkan dengan menyalahtafsir hasil beliau. Mereka berkata bahawa hasil tulisan ini telah menyentuh sensitiviti kaum india.
Novel tersebut telah menjadi mangsa keadaan apabila isi kandungannya telah disalah tafsir terutamanya dikalangan kaum india. menurut dekan fakulti pusat pengajian bahasa, literasi dan terjemahan Universiti Sains Malaysia , novel tersebut telah ditulis dengan begitu baik sekali dan tidak mempunyai apa apa masalah.
Yang penting hanyalah pembaca perlu membaca novel tersebut dari muka surat hadapan sehinggalah ke akhirannya jika tidak mahu tersalah tafsir. apabila ada pihak yang telah memanipulasikannya, maka ini telah mengakibatkan kaum india tersalah tafsir. pembaca perlu memahami apa kandungan didalam buku tersebut sebelum mengeluarkan apa apa komen terhadapnya.
Novel interlok ini akan digunakan untuk sesi pembelajaran dan ini memerlukan guru guru yang benar benar memahami novel ini. Novel ini disalah tafsir kerana mengandungi perkataan pariah. sebenarnya perkataan pariah ini bukanlah mempamerkan sesebuah kaum di malaysia ini. kalau anda nak tahu kena lah baca sendiri novel interlok ini ye.
novel interlok ini merupakan satu bentuk interaksi antara penulis dengan pembaca yang mana penulis ingin pembaca mendalami maksud sebenar dengan tidak menyediakan makna kepada ceritanya. ini adalah sebahagian daripada cabaran kepada pembaca untuk mendalami maksud novel tersebut tetapi akhirnya ramai pihak telah memanipulasikannya..
1 comment :
memang ade pihak yang saje je nak timbulkan isu cam ni lagi lagi yang berkaitan perkauman.
Post a Comment