hmm..nie entry yang aku janjikan hari tu kan..cerita pasal kanser.. bagi pengetahuan semua, kanser ini juga merupakan penyakit yang berbahaya dan boleh membawa kepada kematian.. untuk pengetahuan anda juga, penyakit kanser ini tidak ada kena mengena dengan gene langsung.. jika ada daripada keluarga anda menghidapi kanser ini tidak bermakna anda akan menerima kanser tersebut tetapi kanser ini ditentukan melalui cara hidup seharian kita..
menurut para pengkaji di universiti harvard, tiga puluh peratus darinya berpunca daripada merokok, tiga puluh peratus daripada pemakanan yang tidak sihat dan sepuluh peratus lagi berpunca daripada tabiat tidak bersenam.. oleh yang demikian , marilah kita mengendalikan hidup kita dengan menjauhi amalan amalan yang tidak sihat itu dengan mengamalkan amalan amalan yang sihat seperti dibawah :
berhenti merokok
nasihat ini kita selalu dengar di televisyen , radio dan di dada dada akhbar tetapi ianya sukar dilaksanakan.. merokok menyebabkan kanser paru paru , kanser mulut , kanser esofagus , pundi kencing , pankreas , dan buah pinggang....
kurangkan berat badan
berat badan berlebihan akan menyebabkan lemak banyak berkumpul dan akan menyebabkan kanser uterin.. ini menyebabkan aestrogen dalam darah bertambah..
lakukan senaman
haaaa...ini penting jugak yea nak pastikan badan sihat.. sekurang kurangnya 3 kali seminggu dan setiap kali selama 30 minit.. ianya juga dapat membuang bahan kumuh didalam badan kita dengan cepat berbanding dengan orang yang tidak bersenam..
makan sayur dan buahan
kompaun yang terdapat didalam tumbuh tumbuhan dapat mencegah kanser secara semulajadi.. oleh itu, kita dicadangkan untuk mengambil sayur sayuran setiap hari..serat dalam makanan bersatu dengan aestrogen yang dapat membantu membuang hormon dari salur darah sekali gus dapat mengurangkan risiko kanser..
pengambilan teh
dalam teh terdapat satu benda alah nie yang dipanggil sebagai flavonoids. ianya terdapat dalam teh hijau dan hitam. flavonoids ini adalah antipengoksidaan. ada satu kajian mengatakan bahawa wanita yang minum teh selepas putus haid kurang mendapat kanser berbanding wanita yang tidak minum teh selepas putus haid..
kurangkan makan daging
pakar mendapati sebahagian daripada daging telah mendedahkan diri kita kepada karsinogen. orang yang suka makan daging menghadapi dua kali ganda risiko mendapat kanser usus besar dan prostat. cara memasak daging juga penting. suhu yang tinggi dapat menyebabkan karsinogen pada daging itu.
jauhi minum alkohol
orang yang minum banyak alkohol mempunyai risiko yang tinggi menghidap kanser hati, esofagus, usus besar dan kanser dubur.
No comments :
Post a Comment