BLOGGER BLOGGER TEGAR

Sunday, January 16, 2011

sakit jantung

     dengar je pasal sakit jantung ni semua orang tahu yang penyakit ni penyakit membawa maut dan menyerang secara senyap.. terdapat berbagai bagai sebab kenapa kita boleh mendapat serangan jantung.. tetapi jangan bimbang kerana kita juga mempunyai cara untuk mengelakkan daripada terkena serangan jantung.. first of all, aku nak terangkan sikit psal jantung ni..
nie la rupa jantung kita.

     jantung merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui salur darah ke seluruh badan dengan denyutan yang sekata berulang ulang kali. jantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada dan berada di belakang tulang dada(ribcage). orang dewasa mempunyai empat ruang iaitu dua atrium di bahagian atas dan 2 ventrikel di bahagian bawah..

     sakit jantung terbahagi kepada dua iaitu sakit jantung kardiovaskular dan sakit jantung koronari.. sakit jantung kardiovaskular merujuk kepada masalah jantung dan salur darah gagal berfungsi dengan baik.. manakala sakit jantung koronari pula berlaku apabila saluran darah yang membekalkan oksigen ke  jantung dan otak tersumbat atau rosak.. 

     diantara sebab sakit jantung ini terjadi adalah : 
  • makan makanan yang tidak seimbang. - penduduk di malaysia kurang memakan makanan yang seimbang mengikut piramid makanan.. makan makanan yang mempunyai kolesterol yang tinggi juga tidak elok untuk kesihatan dan penyebab kepada sakit jantung.
  • warisan daripada ibu bapa. - jika salah seorang dripada ibu bapa anda mempunyai sejarah sakit jantung.. anda berkemungkinan mempunyai sakit jantung juga.. tetapi tidak semua anak yang akan mewarisinya..

  • gaya hidup yang tidak sihat. - gaya hidup yang tidak sihat ini merupakan salah satu sebab serangan jantung.. contoh gaya hidup ini ialah merokok dan meminum alkohol dengan kerap.. AWAS ! jika anda bukan perokok tapi ingat ! anda juga mungkin secondary smoker yea !

  • stress. - contoh stress adalah stress di tempat kerja.. maka, otak anda tidak akan dapat rehat yang secukupnya..


  • kencing manis. - kencing manis juga penyumbang kepada sakit jantung. ini adalah kerana didalam darah anda mempunyai kandungan gula yang amat tinggi.


cara cara mengelakkan serangan jantung :


  • amalkan pemakanan yang seimbang. - makanlah makanan yang seimbang mengikut piramid makanan..lebihkan apa yang sepatutnya dan kurangkan yang tidak sepatutnya..


  • amalkan senaman. - haaa..ni ramai yang buat tapi sekali sekala je dorang buat.. sekurng kurangnya korang kena buat senaman 3 kali seminggu.. dan setiap kali senaman sekurang kurangnya 30 minit.. tapi korang mesti boleh buat lebih dari tu kan.. lagi lagi remaja remaja di luar sana..


  • buat medical check-up. - ni pun rakyat malaysia kurang buat.. kalau dah sakit baru nak pergi bua\t medical check up.. for your information, dekat europe , mereka akan pergi buat medical check up setahun sekali..kalau yang dah tua tu , 6 bulan sekali pergi buat medical check up taw ! ni apa yang lecterer ku cakap laa...

  • kurangkan stress dan amalkan gaya hidup sihat. - kalau korang ni stress, kena dapatkan rehat yang secukupnya.. tapi ingat ! kalau korang rehat dengan tonton televisyen..tu bukan rehat yang sepenuhnya taw..tu hanya badan sahaja yang rehat tapi otak masih lagi beroperasi..so,bukan rehatlah namanya tu.. nak rehat senang jew..dapatkan tidur yang secukupnya..senangkan..korang pon suka tidur kan..HAHA..last but not least,korang janganlah merokok dan minum alkohol ye..kalau sebelah korang ada orang hisap rokok lari la sejauh mungkin..HEHE..






p/s : sebenarnya ni assignment pertama aku untuk sem 2 nie..HEHE..next entry mungkin aku akan buat pasal kanser plak yea...tpi aku tak janji taw..HEHE..

MAIN SPONSOR

ASAL USUL KU

Blogger Perak - We Are Family