assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua.. mesti korang pelikkan kenapa dengan tajuk entry aku kali ni.. aku pun tak tahulah sejak kebelakangan ini aku asyik moody je.. sampai kawan aku pun tegur kawan aku lagi sorang.. tanye aku sebab ape aku moody je.. hmm.. memang aku mengakulah yang kebelakangan ni aku memang banyak moddy sikit.. eh ! dah la banyak lepas tu sikit plak tu.. macam mana la tu ek? haa.. aku pun tak pasti..
yang pastinya aku moody sebab kawan aku sorang nie.. oppssss... tak boleh nak salahkan dia seratus peratus okey... maybe kadang kadang aku nie pun sensitive gak.. haha.. aku memang dah anggap dia sebagai keluarga aku.. kalu aku ada pape je mesti aku cerita kat dia.. aku memang senanglah berkawan dengan dia.. cerita masalah aku dengan dia.. semuanya lah.. huhu... nie cerita masa semester pertama..
start je semester kedua aku , ari pertama aku okey je lagi dengan dia.. sampailah beberapa hari selepas semester kedua start.. dia dah macam moody je dengan aku.. tegur aku pun tak.. kalau aku tegur dia lagilah dia wat bodoh je.. aku pun tak tahulah sebabnya.. so , aku decide nak tanya dia sebab pe dia nampak moody dengan aku... dia pun bagitahu lah aku sebab pe dia moody.. lepas tu dia cakap lagi dia bukan moody dengan aku je tetapi dia moody dengan semua orang.. huhu..
okeylah kan atleast aku tahu dia ada masalah tapi dia tak nak pulak kongsi masalah dia dengan aku.. tak pelah sebab aku pun bukannya suka suka nak paksa orang kongsi masalah dengan aku.. kalu dia nak kongsi masalah dengan aku mesti dia kongsi punyalah.. dia ada jugak cakap bukan semua masalah dapat kongsi dengan orang lain.. okey.. aku ikut lagi apa yang dia nak.. aku pun suruhlah dia selesaikan masalah dia dulu.. tapi sampai sekarang dia tak tegur tegur aku.. yang peliknya dengan orang lain dia bertegur sapa pulak tapi dengan aku tetiba mood dia bertukar kepada moody...
kalau aku ada buat salah dengan dia aku harap dia leh bagitahu apa salah aku.. leh la aku minta maap kat dia.. anyway, aku pun dah minta maap kat dia walaupun dia tak bagitahu apa salah aku.. aku nie adalah seorang insan yang lemah yang tidak akan lari dari membuat kesalahan... tiada sesiapa yang sempurna di dunia ni sekarang.. so, kat sini aku nak minta maap la kat dia lagi sekali kalau aku ada buat apa apa kesalahan kepada dia.. kalau dia baca ni , aku harap dia dapat maapkan aku...aku harap aku dapat berbaik semula dengan dia sepertimana aku dengan dia dahulu..sebagai seorang kawan dan sebagai seorang yang aku anggap sebagai keluarga aku....
"AKU HANYALAH SEORANG INSAN YANG LEMAH"
No comments :
Post a Comment