BLOGGER BLOGGER TEGAR

Sunday, February 13, 2011

| tips untuk lupakan masalah lalu |

     Hai semua blogger.. hari ini aku nak kongsikan tips untuk lupakan masalah lalu.. HEHE.. saja je nak share share ngan korang semua sebab semua orang akan mengalami benda ini sepanjang kehidupan dia.. "sharing is caring" kan? HEHE..

     sapa yang tak de masalah? gerakkan telinga.. HAHA.. sapa sapa yang tak ada masalah tu memang alien lah.. HAHA.. sedangkan aku pun ada masalah sekarang ni.. so, aku nak share ngan korang cara caranya..

tips 1 : sentiasa berfikiran positif 


          biarpun pengalaman atau masalah kamu itu amat amatlah menyakitkan namun kamu perlulah sentiasa berfikiran positif dengan menganggapnya adalah salah satu kelemahan diri kamu yang tidak berdaya kamu elakkan.. dan fikirlah bahawa disebalik masalah yang dihadapi ada penyelesaian dan ada hikmah disebaliknya..

tips 2 : cari teman baru


          cari teman baru bukan bermakna kamu perlu meninggalkan teman teman kamu yang lama.. kamu masih boleh berkawan tetapi dalam masa yang sama cari teman baru untuk mengisi setiap kekosongan dalam hidup kamu dan kamu juga dapat menambahkan kenalan kamu secara tidak langsung.. mereka ini juga dapat memberi kamu inspirasi baru untuk memulakan hidup yang baru.. bak pepatah melayu, " kawan biar seribu"..

tips 3 : cipta suasana baru


          jika masalah kamu itu mengganggu hidup kamu, kamu boleh berpindah jika perlu.. ataupun berhijrah ke tempat lain yang baru.. kamu bukan sahaja dapat membina hidup baru malah apa sahaja yang pernah berlaku sebelum itu akan lebih mudah untuk kamu melupakan masalah itu..

tips 4 : melihat kesusahan orang lain


          dalam dunia ni bukan kamu seorang sahaja yang ditimpa masalah.. ada juga orang lain yang lebih teruk ditimpa masalah dan dugaan yang pelbagai.. jadi kamu perlu pastikan kamu tidak terlalu memikirkan nasib malang kamu yang terjadi di masa lalu.. pandanglah pada nasib orang yang lebih susah dari kamu.. jikalau kamu merasakan diri kamu malang maka ada orang lain yang lebih susah dan malang dari kamu..

tips 5 : kuatkan semangat


          ini adalah benda paling penting kerana semangat ini adalah dari dalaman diri kamu.. jika kamu tiada rasa semangat yang kuat kamu akan rasa putus asa dan tidak punya kesungguhan untuk merubah hidup kamu serta melupakan apa yang telah berlaku...



haaa...itulah lima tips yang aku dapat kongsikan dengan korang semua.. kalau korang ada masalah ke apa ke dan nak lupakannya cubalah tips tips ini... InsyaAllah akan berhasil....

2 comments :

Awie Omar said...

askm... nak lupekan problem lagi? jom join blog aku. he he he
http://notaekstravaganza.blogspot.com

Fatin Najihah Hashim :) said...

hahaha! i loike :)

MAIN SPONSOR

ASAL USUL KU

Blogger Perak - We Are Family