BLOGGER BLOGGER TEGAR

Saturday, March 26, 2011

| keLakar seyh |

CERITA 1


Ada dua orang pakcik yang sedang berbual
di sebuah rumah di seromban,nogori sembilan.

pakcik 1 : (sambil naik atas meja) Ekau tau tak?
pakcik 2 : tau apo?
pakcik 1 : Ese nie sebona 'eh matohari(sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi). Ekau
                tengok, dunia nie torang sobab ese.
pakcik 2 : (dalam hati) Jangan-jangan dio ni gilo. Isy,bahayo ni...baik ese lapor'an pada doktor.
                sambil berlari, pakcik nombor 2 tadi pergi ke klinik dan menceritakan apa yang
                berlaku kepada doktor.
pakcik 2 : doktor, kawan ese tu mungkin dah gilo !
doktor :    kenapa pakcik cakap macam tu?
pakcik 2 : boto doktor. Tadi dio naik atas mejo, lopeh tu angkek tangan dan cakap dio
                sebona'eh matohari. Dunio nie torang sobab dio yang buek.
doktor :    kalau macam tu , suruh kawan kamu tu turun!
pakcik 2 : Jangan doktor, nanti kalau dio turun golap dunio ni pulak !


CERITA 2


     Tiga orang lelaki telah terjumpa sebiji botol aneh sewaktu mereka terdampar di sebuah pulau. kata lelaki A, "hey, tengok tu. ada botol ajaiblah,hehehe..." lalu mengambilnya dan membuka penutupnya. wwuuussssshhhh...di saat itu juga keluarlah asap berkepul kepul dari botol tersebut,disertai dengan petir dan kilat.
    
     asap itu kemudiannya membentuk satu lembaga hodoh. kata lembaga itu,"akulah jin. aku sudah terperangkap dalam botol ini sejak seribu tahun yang lalu.terima kasih kerana membebaskan aku. sebagai hadiah, aku akan kabulkan apa saja permintaan kamu. tapi ingat, satu permintaan saja, tau !okey,kita mulakan dengan kau!haaa...apa permintaan kamu,cakaplah?"

     lelaki pertama terus berkata,"aku nak jadi dua kali ganda lebih bijak daripada yang aku ada sekarang,hehehe..."PLING !permintaan lelaki itu ditunaikan dalam sekelip mata dan dia mampu menyelesaikan macam-macam masalah matematik yang pelik-pelik.

     jin memandang ke arah lelaki yang kedua. "kamu nak apa?" "haaa...aku nak jadi sepuluh kali ganda lebih bijak dari dia" PLING ! lelaki itu pun jadi sebijak bijak manusia dan boleh bercakap 10 bahasa asing dalam sekelip mata.

     jin menoleh ke arah lelaki ketiga. sepantas kilat lelaki ketiga itu berkata, "aku nak jadi 100 kali ganda lebih bijak daripada diorang berdua nie...hahaha" jin garu kepala. dia meminta lelaki itu membuat permintaan lain. tapi lelaki itu tetap berkeras, dan terus berkata,"JADIKAN AKU 100 KALI GANDA LEBIH BIJAK DARIPADA DUA ORANG LELAKI NI,FAHAM?"

     lalu....PLING ! lelaki ketiga itu serta merta bertukar menjadi perempuan.


CERITA 3


     Rumah Ah pow dimasuki pencuri.Ah pow pun pergilah ke balai polis dan mengadu....

Ah Pow : Tuan,habis semua barang barang dalam rumah saya kena curi, kecuali tv....
polis :       kenapa pulak pencuri tu tak ambil tv awak?
Ah Pow : sebab mase tu saya tengah tengok Malaysian idol.....

No comments :

MAIN SPONSOR

ASAL USUL KU

Blogger Perak - We Are Family