Kali nie aku nak berkongsi dengan korang semua mengenai makanan.. makan untuk hidup atau hidup untuk makan? korang pikir la sendiri ye yang mana satu.. semua orang mesti makan kalau tak korang akan menemui ajal dalam masa beberapa hari sahaja.. tapi aku bukan nak berkongsi resipi ke ape tetapi nak berkongsi mengenai makanan pelik di serata dunia nie.. mungkin korang semua tak tahu dan mungkin juga korang dah tahu..
Afrika
makanan yang pelik kat afrika nie diberi nama Borewos.. Borewos nie adalah daging yang sudah dicampurkan dengan beberapa jenis rempah dan disumbat ke dalam usus kambing , lembu ,dan babi dan seterusnya dibakar.. biltong pula adalah daging haiwan liar seperti rusa , gajah dan zirafah yang dihiris halus dan dikeringkan.. daging ini menjadi kegemaran kerana dijadikan makanan ringan sewaktu peminat peminat ragbi meyaksikan perlawanan ragbi di sana..
Hungary
kat negara nie pulak sedikit mengelikan.. darah babi dicampurkan dengan telur adalah antara makanan kegemaran mereka.. di hungary terdapat musim menangkap babi.. pada musim itu mereka akan mengejar babi dan apabila dapat tangkap mereka akan mengelar babi itu dan menadah darah yang memancut dari lehernya.. YUUKKSSS !!! darah babi itu ditadah terus kedalam belanga dan dicampurkan telur lalu digoreng.. jadilah telur dadar darah babi !! yeeaakk !!!
Selatan Amerika Syarikat
kat negara nie pulak makanan yang terkenal adalah otak tupai.. mula mula tupai yang ditangkap akan dibuang bulunya dan kemudian dengan menggunakan garpu dan jari,kita kopakkan tengkorak tupai itu dan keluarkan otaknya.. kata orang sana , rasanya seperti cendawan..
Ukraine
salo-lemak babi yang disimpan dalam tong dan dimakan sejuk, sama ada secara mentah , goreng atau di rebus...
Austria
Beushl adalah salah satu makanan yang menjadi kegemaran sebahagian daripada warganegara itu.. ia diperbuat daripada hati , ginjal , dan jantung babi yang dipotong halus halus lalu dimasak dengan rempah ratus...
Thailand
di kalangan masyarakat karen yang tinggal di kawasan tanah tinggi negara itu, antara menu sarapan kegemaran mereka ialah tikus bakar.. tikus yang telah garing itu diletakkan kedalam magkuk berisi sambal lalu dimakan bersama pulut.. kalau kat malaysia macam makan pulut dengan rendang la kan.. haha
Trinidad
puding darah babi dicampur remah remah roti dan nasi adalah antara makanan yang menjadi kegemaran mereka..
Sepanyol dan Kanada
testis babi dirincik halus halus , kemudian dimasak dengan bawang putih dan pasli.. makanan pelik ini dinamakan Criadillas.. ramai juga yang suka testis ini dibuat barbeku..
Haaaaaa.... tu la di antara makanan makan yang pelik serata dunia nie.. ada je lagi makanan lain yang pelik pelik tapi kesuntukan masa sebab maghrib baru je masuk.. so, nak sembahyang maghrib dlu yea... terima kasih kerana bertandang dan jangan lah jemu bertandang lagi.. kedastngan anda amat lah di alu alukan... terima kasih !!
No comments :
Post a Comment