Assalamualaikum dan salam sejahtera .
16 jun iaitu esok pada pukul 1.25 pagi sehingga 7.01 pagi akan berlakunya gerhana bulan penuh . Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara akan mengadakan Program Gerhana Bulan Penuh bertempat di perkarangan luar masjid negara bermula pada pukul 1 pagi sehinggalah 7 pagi . semua dijemput hadir untuk menyaksikan sendiri gerhana matahari dengan teleskop yang disediakan . anda juga boleh mambawa teleskop sendiri jika ada .
sehubungan itu semua surau dan masjid diseru untuk mengadakan solat sunat khusuf dan khutbah gerhana . "ibadah sunat ini harus dilakukan sebaik mungkin kerana fenomena ini jarang jarang berlaku ."kata ketua JAKIM ,
pengertian gerhana bulan
gerhana bulan terjadi apabila bumi berada di antara bulan dan matahari . gerhana bulan dapat dilihat dengan jelas apabila bulan tertutup dengan bayang bayang umbra . dalam peredaran mengelilingi bumi , ada kalanya bulan bergerak ke tengah-tengah kawasan bayang-bayang umbra , boleh berlaku lebih dari dua jam berada dalam kegelapan . dalam keadaan demikian , terjadilah gerhana bulan penuh . ada kalanya bulan hanya berada dibahagian tepi bayang-bayang umbra , sehingga permukaannya yang menjadi gelap hanya sebahagian saje . pada saat seperti ini yang terlihat adalah gerhana bulan sebahagian .
sumber 1
sumber 2
3 comments :
malam tadi nampak ada satu bulatan besar mengelilingi bulan.. cantiknyaaa...
begitu cantiknya ciptaan Tuhan.. tetapi adakah kita hargainya?
nak tengokk
Post a Comment