BLOGGER BLOGGER TEGAR

Sunday, June 12, 2011

Hazama juara akademi fantasia 9

assalamualaikum dan salam sejahtera semua readers .

tadi telah berlangsungnya final akademi fantasia 9 yang memakan masa selama hampir dua jam setengah dari pukul 9 hingga 11.30 malam . akademi fantasia 9 merupakan akademi fantasia yang terakhir dan kali ini finalists AF9 seramai 4 orang sahaja iaitu Azri , Hazama , Lena , dan Fina . Pada Final AF9 , seramai empat orang pengacara majlis iaitu Pak Nil , Jimmy , AC Mizal dan juga Sarimah Ibrahim . selain itu , pentas final AF9 juga diserikan lagi dengan persembahan dari bekas pelajar AF9 dan juara juara AF sebelum ini . sementara menunggu keputusan , pengetua AF9 dengan bandnya membuat persembahan selingan khas buat penonton AF9 dengan lagunya isabella dan lain lain .


persoalannya sekarang, siapakah yang layak bergelar juara akademi fantasia 9 ?

*sumber : Google*


persoalannya telah terjawab selepas kesemua finalists mempersembahkan persembahan mereka sebanyak dua lagu seorang . satu lagu bebas dan satu lagi lagu baru yang dicipta khas untuk finalists AF9 itu sendiri . semua penonton di sana berdebar debar ketika pengacara ingin mengumumkan juara . tidak kurang juga penonton di rumah .

JUARA AKADEMI FANTASIA 9 JATUH KEPADA

HAZAMA


beliau membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000 , kamera sony , piala sumbangan astro dan lain lain . beliau menjadi juara selepas berjaya mencuri minat pengundi untuk mengundi beliau dengan lagu yang dibawanya pada final AF9 iaitu cinta teragung dan pukau . 

tempat kedua dimenangi oleh Lena , tempat ketiga oleh Fina , manakala Azri ditempat ke empat .

nak tahu ? KLIK SINI

No comments :

MAIN SPONSOR

ASAL USUL KU

Blogger Perak - We Are Family