Assalamualaikum dan salam sejahtera.
hari ni BM mempunyai masa yang agak lapang disebelah petang.. ini kerana pada pagi tadi sudah bertungkus lumus membuat kerja.. sambung esok pagi pulak okey.. so, petang petang nie kerja BM hanyalah blogwalking dan menulis entri baru..
ini merupakan entri ketiga BM pada hari ini.. nak baca entri pertama BM? KLIK SINI .. manakala KLIK SINI untuk baca entri kedua pada hari ini.. okey.. untuk entri ketiga BM pada hari ini BM nak bercerita mengenai jenis jenis kulit.. basically , kulit mempunyai empat jenis iaitu :
- normal
- berminyak
- kering
- kombinasi
korang mungkin tahu jenis jenis kulit tapi adakah anda tahu bagaimana hendak mengenali jenis kulit muka anda? mesti tidak tahu kan.. kalau yang sudah tahu tu bagus !! kalau belum tahu lagi teruskan membaca..
JOM KENALI KULIT ANDA
jenis kulit normal
- kulit akan kelihatan kemerah merahan , kelihatan berseri , dan gebu..
- kulit juga akan kelihatan pejal , segar , halus..
jenis kulit berminyak
- kulit kelihatan berminyak dan berkilat..
- kulit alahan dan mudah bertanda dan berbintik bintik..
- mudah ditumbuhi jerawat dan liang
lahadroma terbuka.. - kelihatan pucat , tidak berseri dan tidak menarik..
jenis kulit kering
- permukaan kulit merekah dan tidak segar..
- berkedut lebih awal..
- kulit tegang selepas dicuci..
- senang terasa gatal dan sensitif terhadap tindak balas..
- mengelupas dan seperti berkelemumur..
jenis kulit kombinasi
- kulit di bahagian dahi , hidung dah dagu kelihatan berminyak..
- kulit di pipi nampak kering..
ini adalah serba sedikit cara untuk mengenali jenis jenis kulit muka.. ini adalah penting untuk anda mengetahui jenis kulit anda supaya anda dapat mengenalpasti produk manakah yang sesuai untuk kulit anda.. adalah berbahaya jika anda menggunakan produk yang tidak sesuai untuk jenis kulit anda dan akan mengakibatkan kulit anda menjadi lebih teruk..
4 comments :
waahhh.. gtu ek
cntik prempuan yg 1st tu.
gitu ghupenye ek . baru teman tau :D
liang lahad terbuka. haha
Post a Comment