BLOGGER BLOGGER TEGAR

Saturday, June 25, 2011

Rahsia Percaya 100% | BIRUMUDA91

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mempercayai seseorang 100% sebenarnya bukannya semudah yang disangka.. tambahan pula jika kamu baru mengenalinya.. setiap kali bertemu pasti timbul rasa sangsi dan curiga terhadap dirinya.. ada juga di antara kamu yang sudah bercinta bertahun tahun tetapi masih lagi tidak mempercayai pasangannya.. kita sememangnya tidak tidak boleh mempercayai seseorang itu dengan mudah.. 

Gambar hiasan semata mata


namun , dalam perhubungan , tidak wajar sekiranya kamu langsung tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tetapi tidak salah sekiranya kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya.. sekiranya masih sukar untuk kamu melakukannya , cuba ikuti panduan di bawah.. berikut adalah faktor faktor yang boleh mengukuhkan kepercayaan kamu pada dirinya.. jom cuba !!

1. terima si dia seadanya.. terimalah si dia seadanya baik buruk pasangan kamu itu ..

2. komitmen.. berikanlah komitmen yang sebaiknya terhadap pasangan kamu.. komitmen bukanlah sekadar menepati janji tetapi juga menghargai janji yang telah dipersetujui.. 

Cik Google bagi


3. jujur.. kamu perlu jujur terhadap pasangan kamu.. kamu sepatutnya tidak menyembunyikan perkara yang perlu pasangan kamu.. 

4. usah berdendam.. dendam boleh menjadi salah satu faktor sesebuah perhubungan hancur.. walaupun kamu pernah dilukai, janganlah kamu berdendam dengan si dia.. 

5. berterus terang.. kamu perlu berterus terang kepada pasangan kamu.. lagi lagi jika kamu melakukan kesalahan.. perkara akan jadi lebih teruk jika pasangan kamu dapat tahu dari orang lain dan bukannya kamu..



6. beri kebebasan.. bukan semua pasangan inginkan pasangannya sentiasa di sisi ,, ada juga yang inginkan sedikit kebebasan.. lagi lagi lelaki.. mereka tidak suka dikongkong lebih lebih oleh kaum wanita tetapi si lelaki jangan la pulak kongkong wanita jugak.. sama sama beri kebebasan..

7. jauh dimata dekat dihati.. ni berlaku apabila berpisah dlam masa yang lama.. ini akan mengajar erti apa itu rindu yang sebenar.. apapun berlaku, teguhkan pendirian dalam hati bahawa si cinta kamu itu sahaja yang bertakhta di hati kamu..



8. jangan saling menyalahkan.. setiap perhubungan pasti akan mengalami masalah.. apa pun yag terjadi , jangan salahkan sesiapa kecuali benda itu betul betul si dia yang buat.. keegoan seseorang mungkin akan merosakkan perhubungan tersebut..


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA 

MAIN SPONSOR

ASAL USUL KU

Blogger Perak - We Are Family