Assalamualaikum dan salam sejahtera .
malam ni BM nak kongsikan petua expecially untuk wanita wanita diluar sana . jom usha ....
1. Luruskan Rambut
basuh rambut anda dengan air nanas manis . peram air nanas tu semalaman . selepas tu , lumurkan ke atas kepala dan biarkan selama 15 minit . kemudian basuh dengan syampu sehingga bersih .
2. Lembutkan Rambut
masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan . bancuh dua sudu susu tadi dengan air suam . kacau dan perahkan air limau nipis dan kemudian simpan dalam peti sejuk lebih kurang enam jam . apabila pekat dilumurkan pada rambut . biarkan selama sejam dan bilas . amalkan selalu rambut akan semakin lembut dan mudah diurus .
3. Elakkan Rambut Gugur
kisar biji halba sampai hancur dan sapukan di atas rambut kemudian dibiarkan selama setengah jam sebelum dibilas dengan air bersih . amalkan seminggu sekali .
4. Hapuskan Kutu Rambut
ambil sebiji buah nona , dibasuh dan ditumbuk halus . campurkan dengan sedikit air . kemudian sapu ramuan ini dikepala . tutup dengan tuala suam dan biarkan selama 15 hingga 20 minit sebelum bilas .
SELAMAT MENCUBA !! :)
stickynote : korang sukakan cite nora elena ? jom like page ni -->> KAMI HENDAK NORA ELENA SIRI 2 . macam mana nak like page nie ? nampak tak gambar nora elena kat sebelah kiri atas blog ni . klik kat situ and then automatik pergi kat page tu and then press like . thats all !! :)
No comments :
Post a Comment