Harinie BM nak kongsikan kisah lawak dengan pembaca pembaca semua yang BM baca dalam majalah kurun ke berapa tah.. baru je jumpa majalah tu dalam bilik.. muahahahaha..
KISAH 1-Dua Ekor Burung
Disebuah kedai menjual burung , terdapat dua ekor burung kakak tua. kedua dua burung tersebut berbeza diantara satu sama lain.. yang satu suka menyanyi dan yang satu lagi tu hanya mendiamkan diri.. Pada suatu hari , datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua..
Pembeli : berapa harga burung kakak tua ni ?
Penjual : kalau yang suka menyanyi tu RM1000 dan yang diam tu RM2000..
Pembeli : haahh?? kenapa yang diam tu lagi mahal dari yang menyanyi tu??
Penjual : sebab yang berharga Rm2000 tu la pencipta lagu tu...............
KISAH 2-Bahasa Inggeris
Seorang gadis yang bahasa inggerisnya kacau bilau terlanggar seorang pelancong dari sweeden ketika berjalan jalan di ibu kota...
Gadis : "I'm sorry "
Pelancong : " I'm sorry , too "
si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu. dia meneka dan terus menjawab....
Gadis : " I'm sorry , three "
Pelancong : " what are you sorry for ? "
Gadis : " I'm sorry , five "
KISAH 3-Jam Tangan Tiruan
Seorang lelaki telah pergi ke kedai jam untuk membaiki jam tangannya.. setelah melihat sekali imbas , pekerja di kedai jam tersebut bertanyakan tentang harga jam tangan tersebut.. " Seribu Ringgit" , jawab lelaki tersebut dengan bangganya.. " awak telah ditipu , ini jam tiruan.. dimana awak beli jam ini ?" dengan perasaan marahnya lelaki itu menjawab, " disinilah !! "
KISAH 4-Pencuri Ayam
Selepas berjaya mencuri 5 ekor ayam , seorang pencuri segera pergi mendapatkan seorang pembeli ayam..
" saya hendak menjual ayam ini " katanya.. " dimana awak dapat ayam ini ? " tanya pembeli ayam itu. " saya mencurinya " jawab si pencuri itu.. " tidakkah kamu tahu bahawa mencuri salah disisi undang undang ? " saya tahu , sebab tu lah saya tak nak menyimpannya.. " jawab si pencuri itu.....
Hak Milik Kekal,
6 comments :
hahaha...memang release tension.... lawak2...
ad lawak ad y tak kowt ? haha
hilang tension gua...kehkeh
hahahahha~semua lawak sengal je,.
gelak di hari Jumaat,.=))
kelakar la. nice. lawak sengal
kelakar la. nice. lawak sengal
Post a Comment