BLOGGER BLOGGER TEGAR

Monday, August 8, 2011

Lemak Lembu Jana Pendapatan


Lemak Lembu ? cakap je mengenai lemak tiada orang yang suka mengenainya malah lembu lembu pun tidak suka kerana akan kelihatan gemuk.. tak lawak.. jangan gelak yea.. 


namun disebalik itu , lemak lembu ini dijadikan sumber pendapatan kepada sepasang suami isteri iaitu Wan Suriani Wan Ismail yang dikenali sebagai kak su dan juga suami tersayang Mohd Khairul Anwar Deris.. Kebanyakan lemak lembu selalunya dibuang begitu sahaja tetapi bagi Kak Su itu adalah sumber pendapatan mereka sekeluarga di bulan yang mulia ini..


sumber dari mynewshub.my


Pasangan ini menggunakan lemak lembu ini sebagai salah satu juadah yang dijual di bazar dengan membakar lemak tersebut dan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan biarpun menyedari bahawa lemak mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi..


Dalam sehari sahaja pasangan ini menperolehi hasil jualan melebihi RM3000 atas jualan lemak bakar tersebut.. Kak Su juga telah membuka gerai sendiri dengan memberi nama Gerai Kak Su Special yang terletak di bazar ramadhan Stadium Sultan Muhammad  IV..


Selain daripada lemak bakar , Kak Su juga menjual ayam percik dan juga daging bakar.. Dalam sehari . Kak Su memerlukan sebanyak 60 ekor ayam , 50 kilogram daging dan 50 kilogram lemak lembu ataupun "lemak selo"...


SUMBER



Hak Milik Kekal,

1 comment :

Syazwan Che Deraman said...

oooo..
baru aku tahu lemak lembu ni boleh dimakan dengan cara bakar.
tapi kolestrol tinggi.
kesihatan diutamakan.

kasut aku kena curi bro..
kat surau hentian putra.

MAIN SPONSOR

ASAL USUL KU

Blogger Perak - We Are Family