BLOGGER BLOGGER TEGAR

Monday, August 15, 2011

Tips Kesan Pasangan Curang

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Selamat pagi Ramadhan yang ke 15 semua.. mesti ramai yang tidak sabar sabar menanti kemunculan hari raya  yang tidak lama lagi akan menjengah tiba.. disana sini sudah kedengaran lagu lagu raya berkumandang dan juga bunyi mercun dan juga meriam..


selamat kembali juga ke rancangan Birumuda91.. #blogmacamartissebentar


Hari nie BM hendak membongkar *cewahhh..ayat tak boleh belah* tips tips mengesan pasangan anda curang ke tidak terhadap anda.. pada entri sebelum ini yang bertajuk WANITA SUKA LELAKI TAK SUKA telah memecahkan rekod terbaru pageview terbanyak.. *clap clap*


Kepada yang belum lagi membaca , sila sila la membaca yea... klik SINI pon boleehhhhh....


baiklah.. seperti yang tertera sebagai tajuk entri kali nie , jom kita bongkarkan satu persatu tips mengesan pasangan atau kekasih anda curang ataupun tidak... zaaaaassssssss.. *bukan zzzzzz yea :D*


1- tidak senang duduk seperti dibontotnya ada bisul ataupun dikerusi tersebut mempunyai duri serta asyik melihat jam ditangannya ketika bersama sama dengan anda.. sebelum ini , sidia banyak menghabiskan masa bersama anda tetapi kebelakangan ini , sidia resah gelisah apabila bersama anda dan selalu usha jam ditangan.. kekasih anda dilihat seperti sedang mengejar masa untuk berjumpa dengan orang lain dan kerap kali memberi alasan 'ada masalah sikit'.. jika perkara ini berlaku , segera bertindak sebelum terlambat !!



2- sedang anda bergumbira berdating bersama sidia , pasangan anda tiba tiba mengadu sakit dan ingin pulang kerumah dengan segera... sidia memberi alasan demam , pening dan sebagainya tetapi sebelum ini anda melihat sidia kelihatan sihat walafiat je.. kemungkinan sidia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk bersama dengan pasangan barunya..



3- kerap menolak tawaran keluar bersama.. apabila anda mengajak pasangan anda untuk keluar dating bersama , sidia pantas memberi alasan untuk tidak keluar bersama anda.. jika dahulu , dialah orang paling gumbira didunia apabila anda mengajaknya keluar namun kini , si dia menolak.. jika si dia keluar selepas dipujuk dirayu , si dia akan keluar dengan keadaan terpaksa..


4- handphonenya kini menjadi satu rahsia kepada anda.. si dia tidak membenarkan anda membelek lagi handphone si dia kerana takut anda terbaca sms si dia bersama pasangan barunya.. jika tidak , handphone anda adalah handphone si dia namun sekarang tidak lagi.. jika si dia jujur dengan anda , dia akan membenarkan anda membelek handphonenya kerana si dia hanya sms dan call untuk anda sahaja..


5- mematikan telepon bimbit.. si dia akan mematikan telepon bimbit apabila bersama anda.. ini adalah kerana si dia khuatir pasangan barunya menghantar sms mahupun call si dia apabila si dia bersama anda.. jika anda bertanya kepada si dia , si dia akan menjawab tidak ingin mengganggu masa bersama anda tetapi jawapan itu tidak tetap sama sekali.. ..



adakah simptom simptom ini berlaku keatas diri anda ? jika ya , segeralah bertindak sebelum terlambat !!!






SUMBER





Hak Milik Kekal,

12 comments :

Mr.She said...

cisssskek betol laki klo mcm ni. hurmm

Rohaizam Rosli said...

hahahaha.... terbaek lah.... mmg berguna utk mereka yg couple...

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

kalau camtu clash je habis cite.huhu~

ZWAN SABRI said...

tips yg baik untuk yang couple or berkahwin..
aku yng single ni, hanya boleh amek sbg pengajaran.. ;)


MySuaraBlog: Hidupkan Kad Raya

My Name is Mar said...

Mati aku kalau couple aku baca artikel ni..
Ho-ho-ho...

Musicbrilliant.com

Nyamuk Terbang said...

alhamdulillah..xder ciri mcm tue pn
lalala

najihahfara said...

lagi 1 bagi org lain jawab call
nice

Amely Afandi said...
This comment has been removed by the author.
red gitarputeh said...

rasa nya tips2 ni macam lebih kepada lelaki yang buat aje =="

Cara Menulis Surat Untuk Isteri Masa Hadapan.
(Ini adalah contoh surat yang dibuat untuk bakal isteri. Baca kalau teringin nak tahu apa yang lelaki mahu dari perempuan.)

kaizen said...

tp sy jujur dgn pasangan sy...

*sbb slalu off hp n bg sy hp adelah privasi...lain la klo dah kawen...

ada mokhtar said...

oh no! harap2 i tak jumpa simptom2 ni.. tak sanggup.. =)

Ukhtifarhana said...

setakat ni selamat ag la..hahahahah...

MAIN SPONSOR

ASAL USUL KU

Blogger Perak - We Are Family