BLOGGER BLOGGER TEGAR

Saturday, January 7, 2012

Apakah itu stress?

Assalamualaikum dan salam sejahtera


hai! ape khabar semua? harap harap semua sihat. errr. dah lama tak menulis kat blog nie. maklumlah BM tengah dalam minggu exam nie. dua paper dah lepas dan empat paper lagi masih menanti untuk dijawab. memandangkan minggu ini minggu exam, mesti ramai yang tengah stress kan? korang tahu ke ape tu stress sebenarnya? dan juga cara mengatasinya?


stress adalah satu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh bebanan yang menimpanya. bebanan ini boleh wujud dalam bentuk ancaman, cabaran dll. stress terbahagi kepada dua iaitu stress yang positif iaitu dinamakan 'eustree' dan yang negatif pula 'distress'. eustress amat diperlukan dalam kehidupan seharian kita seperti berhati hati, terangsang dan juga kreatif.




APA YANG BERLAKU KETIKA STRESS

  1. hormon adrenaline dirembes kedalam salur darah
  2. denyutan jantung bertabah laju
  3. tekanan darah akan meningkat
  4. pernafasan akan laju
jika stress tidak diurus dengan baik, ini akan menyebabkan ia bertukar menjadi distress dan akhirnya akan menyebabkan beberapa penyakit berlaku.


TANDA-TANDA STRESS
  1. FIZIKAL : keletihan, pening kepala, susah tidur, degupan jantung yang kuat, sejuk tangan dan berpeluh,.
  2. MENTAL : hilang tumpuan, mudah lupa, tidak boleh berfikir, susah untuk buat keputusan, dan tidak boleh berjenaka.
  3. EMOSI : risau, sentiasa bimbang, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, panas baran dan mudah hilang sabar.
  4. PERANGAI : keluh kesah, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, maki hamun dan bertindak agresif.


PENYAKIT YANG BERPUNCA DARIPADA STRESS
  1. sakit jantung dan angin ahmar
  2. imsomnia atau susah tidur
  3. kencing manis
  4. gastrik dan ulser
  5. asma

bagi semua mahasiswa mahasiswi yang sedang dan akan menghadapi peperiksaan, anda dinasihatkan untuk tidak terlalu stress. jika anda terlalu stress, akan memberi kesan semasa menjawab peperiksaan seperti lupa akibat gelabah. so, marilah kita sama-sama untuk mengawal stress tersebut.


CARA KAWAL STRESS
  1. kawal kemarahan
  2. bernafas dengan dalam dan perlahan
  3. perlahankan tindakan
  4. dapatkan nasihat
  5. dapatkan udara segar
  6. elakkan kelaparan dan dahaga
  7. betulkan kedudukan

itulah serba sedikit mengenai stress yang dapat BM kongsikan. so marilah kita sama sama mengawal stress dan bukannya stress mengawal kita. peace yawwww......





[SUMBER]



Hak Milik Kekal,

2 comments :

NuR AtiQaH said...
This comment has been removed by the author.
fariQuE said...

hahahaa , exam dah abes :P

MAIN SPONSOR

ASAL USUL KU

Blogger Perak - We Are Family