BLOGGER BLOGGER TEGAR

Friday, July 13, 2012

Selatan China Diserang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anda pernah menonton filem Piranha? Jika anda pernah menontonnya anda akan tahu betapa ganasnya ikan ini terhadap mangsanya.

Sebuah bandar di Selatan China diancam oleh serangan ikan piranha selepas dua orang penduduk di bandar tersebut telah diserang apabila mereka memasuki sungai. Penduduk disini diberi amaran supaya berhati hati ekoran serangan itu.

Media disini melaporkan bahawa sesiapa yang dapat menangkap ikan tersebut dalam keadaan hidup mahupun mati akan diberi ganjaran sebanyak 1,000 yuan atau sebanyak RM500 seekor oleh pihak berkuasa bandar.

Salah seorang mangsa iaitu Zhang Kaibo terpaksa dijahit tangannya selepas diserang oleh ikan tersebut semasa dia sedang membersihkan anjing kesayangannya ditepi sungai. Dia berjaya menangkap salah seekor ikan tersebut tetapi ianya mati selepas tidak lama ditangkap. Beberapa pegawai tempatan telah mengambil ikan tersebut untuk dibuat kajian sebelum keluarganya dapat memakan ikan tersebut yang telah dipotong oleh ibunya.

-sumber-



Hak Milik Kekal,

No comments :

MAIN SPONSOR

ASAL USUL KU

Blogger Perak - We Are Family