BLOGGER BLOGGER TEGAR

Friday, July 27, 2012

Anda Bosan? Cuba ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari ke tujuh umat Islam di Malaysia mengerjakan ibadah puasa. Diharapkan semua sihat-sihat belaka hendakNya. Tajuk kali ini merupakan satu pertanyaan dan juga satu cadangan kepada semua pembaca.

Anda Bosan? Tidak tahu nak buat apa?

Jom cuba aplikasi ini.

Mungkin aplikasi ini dapat membantu anda mengurangkan sedikit kebosanan anda dirumah mahupun dimana sahaja anda berada. Tanpa banyak berceletoh, mari admin perkenalkan anda dengan aplikasi tersebut.


     Ini adalah satu aplikasi yang lucu. Anda perlu klik kepada salah seekor atau kesemua kuda yang ada didalam aplikasi tersebut dan anda akan dapat tahu apa yang akan terjadi. Telatah kuda ini mampu membuatkan anda tersenyum kambing mahupun ketawa terbahak-bahak. Aplikasi ini tidak akan menghampakan anda.


     didalam aplikasi ini terdapat satu tin yang berisi baked beans. Apabila anda klik tin tersebut, tin sebut akan meletup dan bersepah la baked beans ke merata tempat. Nak tahu apa seterusnya? Sila la klik link diatas.

     Rasanya aplikasi ini sudah tidak asing lagi kepada pembaca semua lagi-lagi kepada pembaca wanita. Siapa yang tidak tahu origami kan? Origami ini berasal dari Negara Jepun. Aplikasi ini mempunyai video yang akan menunjukkan cara-cara nak buat origami dari kertas. Anda boleh memilih jenis origami yang anda nak lakukan.

     Haaa.. Yang ini pula aplikasi yang sesuai untuk golongan wanita diluar sana. Aplikasi ini adalah aplikasi mendesign bunga mengikut kreativiti anda. Yang bestnya untuk aplikasi ini adalah selepas anda siap mendesign bunga, anda boleh terus emailkan bunga tersebut kepada sesiapa sahaja yang anda inginkan.


Diharapkan dengan perkongsian aplikasi diatas dapat mengurangkan serba sedikit kebosanan yang melanda diri anda. Mungkin lepas ini ada lagi aplikasi yang akan admin rungkaikan. Jumpa lagi di masa akan datang. 

Assalamualaikum dan byeeeeeeeeeeeeee


Hak Milik Kekal,

No comments :

MAIN SPONSOR

ASAL USUL KU

Blogger Perak - We Are Family