BLOGGER BLOGGER TEGAR

Monday, September 3, 2012

Shila Amzah Kembali Tidak Bertudung ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.


Semua peminat Shila Amzah atau dikenali sebagai Shilalas pasti sudah mengetahui bahawa penyanyi yang diminati mereka telah bertukar wajah dari tidak bertudung kepada bertudung. Tetapi baru-baru ini Shila Amzah telah dicemuh kerana dikatakan mempersendakan isu hijab berikutan penampilannya dalam keadaan tidak berhijab didalam sebuah program yang baru ditayangkan baru-baru ini.

Beliau berkata bahawa telah mendapat banyak cemuhan berkaitan isu itu setelah program itu ditayangkan. "Program itu telah dirakamkan sebelum saya berhijab dan ramai berkata saya hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam" kata Shila Amzah.

sumber : Google

Beliau tidak menyalahkan stesen televisyen tersebut diatas penyiaran program raya tersebut walaupun dirinya kecewa dan terkilan diatas perkara yang telah berlaku tersebut."Walaupun saya cuba menyendirikan diri tetapi ada juga peminat yang masih menyokong saya dari belakang" katanya lagi.


Walaupun pelbagai perkara berlaku selepas beliau berhijab, beliau tetap menjaya karier nyanyiannya dan baru-baru ini beliau telah mengaktifkan kembali akaun twitternya setelah seminggu dinyahaktifkan.

 baca lagi di SINI



Hak Milik Kekal,

No comments :

MAIN SPONSOR

ASAL USUL KU

Blogger Perak - We Are Family