BLOGGER BLOGGER TEGAR

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Alhamdulillah sudah empat hari muslimin dan muslimat di Malaysia mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Amacam ? Korang masih berpuasa lagi ke ? Ke ade yang sudah berbuka ? Pastinya yang sudah berbuka itu adik adik kita mahupun saudara-saudari kita yang uzur. Bagi yang mendapat kelonggaran untuk tidak berpuasa itu diharapkan tidak memakan atau minum dihadapan khalayak ramai.


InsyaAllah Ramadhan pada tahun ini, saya dapat berpuasa penuh di kampung halaman setelah hampir sembilan tahun berpuasa di perantauan. Apakah maksudnya di perantauan ? Untuk pengetahuan semua, saya sudah berjauhan dengan keluarga sejak saya masih di tingkatan satu sehinggalah ke tingkatan lima kerana saya duduk di asrama. Selepas lima tahun bersekolah di sekolah berasrama, saya melanjutkan pelajaran di matrikulasi. Kali ini sedikit jauh berbanding semasa saya duduk di asrama. Sekali lagi, saya berjauhan dengan keluarga apabila saya diterima memasuki universiti di sebelah utara Malaysia.


Alhamdulillah, kali ini saya dapat berpuasa di kampung halaman saya kerana sedang bercuti akhir semester selama hampir dua bulan lebih. Disini saya ingin mengambil kesempatan memohon seribu kemaafan kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini diatas salah silap yang telah saya lakukan dalam keadaan sedar ataupun tidak sedar. Selamat menyambut bulan Ramadhan Mubarak !




Hak Milik Kekal,

No comments :

MAIN SPONSOR

ASAL USUL KU

Blogger Perak - We Are Family