BLOGGER BLOGGER TEGAR

Wednesday, June 29, 2011

Faktor Jenis Kulit | BIRUMUDA91

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


pada hari ni BM nak berkongsi dengan pembaca pembaca sekalian mengenai faktor faktor penyebab jenis kulit.. sebelum ini BM ada berkongsi mengenai jenis jenis kulit.. nak baca jom KLIK SINI.. kalau sudah tahu jenis jenis kulit anda , jom baca mengenai faktor faktor nya..



Faktor Kulit Normal

  • makan makanan seimbang
  • amalkan makan buah buahan dan sayuran
  • amalkan kebersihan dalaman dan luaran
  • gunakakn produk yang bersesuaian
  • gunakan pelembab sebelum gunakan apa apa di muka
  • dapatkan tidur yang cukup

Faktor Kulit Berminyak
  • banyak makan makanan yang berlemak , berminyak yang berlebihan
  • jangkitan pada bintik bintik merebak(KLIK SINI untuk cara hilangkan bintik hitam)
  • pengeluaran peluh yang berlebihan
  • tidak menjaga kebersihan dalaman mahupun luaran

Faktor Kulit Kering
  • kekuranagn pelembab dimuka
  • pengeluaran peluh yang kurang
  • terlalu kerap gunakan pencuci muka dalam sehari
  • kekurangan vitamin c
  • selalu terdedah kepada matahari
  • tidak amalkan minum air suam

Faktor Kulit Kombinasi
  • penjagaan kulit yang tidak betul
  • pengeluaran peluh yang tidak sama rata
  • makan makanan tidak seimbang


Jawapan Kepada Teka Teki | BIRUMUDA91

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


pagi ni nak buat entri yang simple je sikit.. nak bgtahu jawapan kepada teka teki yang BM buat haritu.. bile ek? semalam je pon.. bajet macam dah lama buat.. muahahahaha.. so , di dalam entri ni BM nak bagitahu jawapannya.. 



Jawapan :

NASI GORENG USA

ada orang bagitahu jawapan dia nasi goreng kampung+hotdog laaa.. ada ke pon nasi goreng hotdog.. muahahahaha.. BM pun pelik masa first time tengok ni nasi apa.. tanya kat orang kedai tu , dia pun tak tahu pada mulanya.. lepas dia tanya chef baru dia tahu tu nasi apa.. muahahaha.. pelik tak nasi ni? first time BM makan nasi goreng USA rupe nie.. haha..

ada ke ek pemenang dia ?

yang bagi jawapan semua maybe laa , ntah laaa.. BM dah bagitahu kat situ yang BM nak jawapan yang tepat.. takmo maybe maybe takmo tah tah..

jom BACA entri "Jom Kenali Jenis Kulit Anda"


My New Header | BIRUMUDA91

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

sebenarnya BM dah lama nak tukar kepada header yang baru disebabkan header BM yang lame tu tak delah sehebaakkk mana kan.. lagipun macam tak best je letak gambar sendiri kan.. kalau nak letak gambar orang lain nie blog BM.. muahahaha.. so ,  BM cadang nak design yang simple simple je.. huhu..


BM tak nak letak gambar BM sebab BM bukannya model macam si hakak Fatin Liyana.. mereka mereka itu 
retis sekarang nie.. bile la BM nak jadi retis pulak kan.. muahahahaha..


lepas beberapa kali mencuba akhirnya dapat la jugak new header.. header lama ape cer??header lama tu sekadar menjadi kenangan la dah kan.. tapi tetap tidak akan dilupakan.. haaa.. nie la rupenya header baru BM.. bagi BM simple je.. tapi BM suka.. 




BM tetap dengan perkataan just you & me tu.. kelip kelip lagi tu.. sebab di blog BM nilah BM berkongsi dengan pembaca pembaca BM.. BM sayang korang okey !!! harap korang dapat menerima header baru BM nie..



Wordless Wednesday #5

Assalamualaikum & salam sejahtera



Tuesday, June 28, 2011

Jom Kenali Jenis Kulit Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hari ni BM mempunyai masa yang agak lapang disebelah petang.. ini kerana pada pagi tadi sudah bertungkus lumus membuat kerja.. sambung esok pagi pulak okey.. so, petang petang nie kerja BM hanyalah blogwalking dan menulis entri baru..





ini merupakan entri ketiga BM pada hari ini.. nak baca entri pertama BM? KLIK SINI .. manakala KLIK SINI untuk baca entri kedua pada hari ini.. okey.. untuk entri ketiga BM pada hari ini BM nak bercerita mengenai jenis jenis kulit.. basically , kulit mempunyai empat jenis iaitu :

  1. normal
  2. berminyak
  3. kering
  4. kombinasi

korang mungkin tahu jenis jenis kulit tapi adakah anda tahu bagaimana hendak mengenali jenis kulit muka anda? mesti tidak tahu kan.. kalau yang sudah tahu tu bagus !! kalau belum tahu lagi teruskan membaca.. 

JOM KENALI KULIT ANDA

jenis kulit normal


  • kulit akan kelihatan kemerah merahan , kelihatan berseri , dan gebu..
  • kulit juga akan kelihatan pejal , segar , halus..

jenis kulit berminyak


  • kulit kelihatan berminyak dan berkilat..
  • kulit alahan dan mudah bertanda dan berbintik bintik..
  • mudah ditumbuhi jerawat dan liang lahad roma terbuka..
  • kelihatan pucat , tidak berseri dan tidak menarik..

jenis kulit kering


  • permukaan kulit merekah dan tidak segar..
  • berkedut lebih awal..
  • kulit tegang selepas dicuci..
  • senang terasa gatal dan sensitif terhadap tindak balas..
  • mengelupas dan seperti berkelemumur..

jenis kulit kombinasi
  • kulit di bahagian dahi , hidung dah dagu kelihatan berminyak..
  • kulit di pipi nampak kering..

ini adalah serba sedikit cara untuk mengenali jenis jenis kulit muka.. ini adalah penting untuk anda mengetahui jenis kulit anda supaya anda dapat mengenalpasti produk manakah yang sesuai untuk kulit anda.. adalah berbahaya jika anda menggunakan produk yang tidak sesuai untuk jenis kulit anda dan akan mengakibatkan kulit anda menjadi lebih teruk..


"UmarFaruq : Bloglist dan Review"

Assalamualaikum dan salam sejahtera.




PRINTSCREEN


nak join? KLIK header UmarFaruq diatas !



Segmen:We Got Connected





soalan dari KORIE "kenal x siapa korie?"

JAWAPAN:
hmm.. tak kenal la siapa korie nie.. tak pernah nak kenalkan diri pun.. huhu..
jumpa blog ni dari blog orang lain kot..
lepas tu selalu gak komen kat blog BM.. 
thanx yoo !!

nak join gak ? KLIK header diatas


Jom Tackle SEO

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

semua orang dah tahukan apa tu SEO.. so, tak payah la BM nak bagitahu lagi apa itu SEO.. mungkin cerita mengenai SEO ini dah basi kot tapi tak pe lah.. BM nak kongsi jugak dari pembacaan yang BM buat selama ni.. saja je BM nak kongsikan dengan blogger diluar sana..



Mungkin ada blogger blogger baru yang tak tahu dan tak paham lagi macam mana nak guna SEO ni.. BM pun sebenarnya tak berapa paham sangat SEO ni tapi BM nak kongsi apa yang BM dapat dari blogwalking tadi.. nanti BM bagitahu dari mana BM dapat sumber tu..


okey.. nak tajuk kita ada dalam page 1 dan teratas sekali ??


1. korang jangan letak tajuk dulu kalau buat new post tu.. tulis dulu post yang korang buat dulu.. dah siap baru korang fikirkan tajuk post yang sesuai..


2. kalau dah ada tajuk , korang pergi dulu search kat Google dah ada ke belum tajuk tu..


sebagai contoh Liga Malaysia




search dulu kat Google.. kalau takde buat la tajuk tu sebagai tajuk post korang.. kalau ada korang kena edit edit sikit dan fikirkan tajuk yang akan orang lain search..


kalau korang nak guna Google Insight pun boleh.. Google Insight ni adalah senarai keyword yang ramai orang search.. korang nak tengok Google Insight??

KLIK SINI

SELAMAT MENCUBA

SUMBER

Alhamdulillah, Rezeki bertambah lagi | BIRUMUDA91

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

pagi selasa yang indah.. pagi pertama berada di negara lain.. bangun dalam kesejukan.. huhu.. mana taknya.. tak pakai selimut pon.. muahahaha.. op coz la sejukkan.. on lappy tapi wifi pulak wat masalah.. troubleshooting lpas tu cakap wifi lappy nie tak on.. what the fish!! wifi lappy nie sentiasa on okey..



jalan penyelesaiannya adalah restart balik lappy kesayangan BM nie.. Alhamdulillah boleh dah connect dengan wifi.. dapat je connect dengan wifi terus bukak facebook tengok ada apa apa status menarik.. kebanyakkannya mengenai ping blog masing masing.. blogwalking jap.. hehe..


terlupa pulak nak blogwalking kat blog sendiri tengok apa perkembangan.. follower ada la naik satu dua orang.. jadi lah kan.. ramai gak yang tinggalkan link supaya BM blogwalking ke laman mereka pula.. sempat 3 4 blog sahaja.. masa BM disini terhad.. ada banyak kerja yang perlu dilakukan..



tibalah masanya BM tengok pulak Nuffnang..first sekali tengok analytic Nuffnang.. jatuh sikit sebab BM sekarang tak selalu online sibuk dengan kerja.. tapi Alhamdulillah, earning Nuffnang BM menaik la jugak daripada takde langsung kan.. nak tahu apa tips disebalik kejayaan tu ? jom baca entri dibawah.. Insyaallah rezeki anda murah...


http://birumuda91.blogspot.com/2011/06/beza-antara-glitterati-dan-ordinary.html#axzz1QWx0GyJQ

http://birumuda91.blogspot.com/2011/06/buffered-earning-be-dari-nuffnang.html#axzz1QWx0GyJQ

SHARING IS CARING

Teka Teki | BIRUMUDA91

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

malam nie rasanya entri yang paling pendek..
teka nasi goreng apekah ini ?.
sape betul beliau akan dapat hadiah special dari BM..


notakaki : Cik Maya Cullen & Khalisha dilarang jawab !

sila tinggalkan jawapan anda dan juga link di bahagian komen.. 

GOOD LUCK


sila beri jawapan yang tepat.. jawapan yang kot kot atau maybe tidak diterima..



Monday, June 27, 2011

Saya



nak join ?klik header

Akhirnya | BIRUMUDA91

Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Alhamdulillah sampai jugak ke tempat yang dituju.. korang mesti tertanya tanyakan BM berada di mana sekarang.. huhu.. takpelah.. janji BM okey kat sini.. BM berada di sini diatas urusan kerja.. mintak mintak semua kerja yang akan dilakukan akan berjalan dengan lancar..


dalam perjalanan tadi BM ditemani oleh seseorang.. huhu.. satu destinasi dengan beliau.. korang nak tahu sape beliau tu? lu pikir la sendiri.. hehe.. perjalanan tadi hanya mengambil masa dalam lebih kurang 3 jam sahaja.. takde lah jauh mana kan.. dalam perjalanan tadi asyik menyembang je.. maklumlah dah lame tak berjumpa dan banyak cerita cerita yang perlu dikongsikan.. tapi bukan bergosip yea.. BM nie baik okey... muahahahaha..




sampai je disini negara ni ada sahabat BM yang menjemput.. selamat la mereka mereka ini adakan.. kalau tak kena la keluar duet lagi nak ke kediaman yang BM akan duduki buat sementara keberadaan BM disini.. huhu.. okeylah.. sampai disini sahaja buat masa sekarang.. dan pada masa akan datang BM akan cuba untuk mencuri masa supaya dapat hupdate blog ini yea.. terima kasih juga kepada semua pembaca BM yang baik hati berkunjung ke laman BM nie..


korang tinggalkan jejak di bawah page ini.. insyaallah BM akan berkunjung ke laman korang pulak yea..

ADIOS !!!




Menunggu dan Terus Menunggu | BIRUMUDA91

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



hmm.. entri ni entri malas malas je.. belum tidur lagi? kompom kompom belum tidur lagi.. sebab BM masih menunggu , menunggu , menunggu , menunggu dan menunggu , menunggu , menunggu dan terus menunggu dan menunggu.. deiii ..... berapa banyak kali menunggu laaa.. huhu..


sebenarnya ni , BM menunggu utusan dari kakak BM yang berada di Kuala Lumpur sekarang.. haritu dia balik rumah sana cilok beg melancong BM.. so, sekarang ni BM pulak takde beg nak g melancong.. BM nak g melancong kat mana ? esok korang semua akan tahu..


TUNGGU YE ENTRI BM MELANCONG ESOK !!


walaupun kompom kompom esok takde masa nak hupdate tapi BM akan cuba cari masa nak hupdate benda alah kesayangan BM nie.. BM curi je sesape punya masa.. muahahahaha.. hmm.. bosan pulak menunggu utusan dari Kuala Lumpur ni.. bila tah nak sampai..


akak BM hantar utusan melalui pakwe dia.. pakwe dia dari KL , so , hantar sekali la beg melancong BM tu.. kesimpulannya disini.. BM tak kemas satu hape lagi dan masih menunggu... menunggu , menunggu dan terus menunggu..

TUNGGU DAN TERUS MENUNGGU !!


Sunday, June 26, 2011

Aku Kaya | BIRUMUDA91

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

baru je balik dari jaya jusco bersama sahabat baik.. apa kami buat ? first sekali pergi cari housing handphone my bestfriend.. cari punya cari tapi takde.. handphone dia nie limited edition kot.. haha.. lepas tu cari my screen protector sebab yang ada ni dah calar balar.. so, nak cari yang baru supaya dapat belagak dengan my bestfriend.. haha.. bajet handphone baru la kan..


lepas tu saje saje gosok gosok , usap usap my phone depan dia.. bagi dia jeles kejap.. haha.. lepas tu , pergi pilih baju melayu sebab dia nak kawin.. eh eh.. bukan dia lah.. abg dia.. mana boleh dia kawin dulu sebelum BM.. haha..


saiz badan dia nie pelik sikit.. baju saiz M seluar saiz L.. bontot dia besar kot.. muahahahahaha.. korang jangan pikir lain okey !! im straight !! so, dia terpaksa la amik jugak baju and seluar saiz M.. BM cakap kat dia suh tukar je seluar tu dengan yang L tapi dia tak mau.. baik la tuh ! bajet je dia tu.. hahaha..


sudah tiba masanya nak isi perut..nak tahu kami makan apa tadi ?



haaaa.. this is mine.. sweet and sour lamb chop.. membe BM punya pulak mushroom lamb chop.. sedap gak la kan.. licin kot.. hehe..tapi tulang tu tak de la BM makan.. heee.. 


ada lagi satu secret BM nak ceritakan kat korang semua.. benda nie berlaku semalam..

lepas je BM lepak lepak kat rumah akak BM semalam.. BM balik la rumah.. lepas setengah jam ke sejam tu BM saje saje la bukak Nuffnang kan.. saje nak tengok statistik visitor dengan earning.. sekali BM bukak !! tekejut mak nyahhhh !!! ada sepuluh buffered earning !! lepas tu ada 5 metered earning !! sape yang tak terkejut.. lepas tu , earning pulak nak kalahkan cik epal.. muahahahahaha.. best siootttt !!! sape yang tak bestkan.... lepas tu je , BM ada dengar satu suara....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

haaaa !! bangun bangun !! dah senja nie !! tak elok tidur senja senja nie !! bangun bangun !!

addooooiiiii... kacau setim jelah ayah BM nie.. baru nak mimpi indah indah.. tetibe ade pulak dengar suara suh bangun.. terbantut terus nak cash out duet semua tu.. muahahahahaha..

padehal tu mimpi je..sedih tol lah.. harap harap boleh dapat earning macam cik epal.. hehe..

haaa !! tu je lah cerita yang BM lupa nak ceritakan masa entri sebelum nie.. muahahahahahaha..

ADIOS !!!
nak P1 Wimax yang laju tahap gaban ?? KLIK SINI


Best Gilak ! | BIRUMUDA91

Assalamualaikum dan salam sejahtera


nak update sikit je kali ni sebab nak keluar dengan kawan jap.. lagi pun esok BM nak ke satu tempat ni.. huhu.. ada hal pulak.. anyway, okey gak sebab kalau duduk rumah je takde nak buat apa sangat..


okey okey.. malas nak pot pet pot pet banyak banyak..

ari sabtu pagi yang lepas BM balik ke rumah baru bersama sama dengan mak.. singgah dulu di kedai mak sedara dan kemudian pergi pulak ke rumah adik sedara mak BM.. baru la BM tahu BM ikut sapa dapat badan yang tinggi ni.. hehe.,. rupa rupanya ikut atok belag ayah.. atok belah ayah rupanya tinggi jugak.. hehe.. for your information, BM paling tinggi dalam keluarga BM.. hehe..


lepas je lepak lepak kat uma sedara terus balik rumah baru.. sampai sampai je takde air pulak.. huhu.. nasib badan laa.. huhu.. tapi takpe sebab rumah baru dekat je dengan sungai perak.. so ape lagi? mandy sungai laa.. haha.. okey jum tengok gambar gambar yang telah diambil..

nie la sungai perak

nie pulak bot ayah BM

ape lagi.. mandy sungai la apa lagi.. haha.. lepas je mandy sungai , lepak lepak kat uma akak jap.. habiskan masa dengan menyakat anak anak sedara BM.. baik kan pak cik depa ni.. haha..

haaa.. lepas tu , makan buah machang , koko dan juga buah apa tah.. lupa plak nama dia.. selalu pakai makan je.. hehe.. amik kat mana ? amik kat pokok dekat dengan uma tu je.. hehe..nak tengok buahnya?? jom......

nie la buahy machang dan buah yang BM lupa nama dia tu..

nie buah macahang yang sudah siap dikupas

haaa.. nampak je buah machang nie buruk dari luar tapi sedap sehingga menjilat jari kaki beb !!!

korang jeles tak ? hehe.. memang nak bagi korang jeles pon.. huhu..

haa? nie buah apa kalau korang pandai ?

nie la buah blackberry.. huhu.. kecik je.. BM pun tak tahu sebab apa blackberry ni kecik.. ke memang blackberry nie kecik.. huhu.. anyway, buah nie masam masam manis.. sedap gak laa.. huhu..

tu je la update kali ni.. ngah rush nak siap keluar dengan kawan ni.. huhu ..

ADIOSAAAAA !!!!!

korang tak baca lagi auto post yang BM buat selama BM takde kat rumah ?? jom terjah.....







SEKIAN UNTUK ENTRI KALI NI


Rancang Perbelanjaan | BIRUMUDA91

Assalamualaikum dan salam sejahtera



mesti korang pernah cemburu dengan rakan rakan korang apabila melihat mereka memakai pakaian yang berjenama , bergaya dengan barangan yang mahal mahal , memiliki kereta mewah.. sedangkan korang lagi tidak berkemampuan untuk memiliknya.. pakah impian korang untuk memiliki semua itu hanya tinggal impian?? sebenarnya tidak !! korang juga boleh memilikinya sekiranya korang bijak menguruskan wang korang..



kali ni BM nak bercerita mengenai bagaimana nak merancang perbelanjaan.. BM yang belajar akaun pun kadang kadang tak cukup duet kot.. haha.. BM dah cuba beberapa tips nie and its work !! jom ikut tips ni ..........

1. Berbelanja secara berhemah

ini amat penting untuk korang pelajari bagaimana nak rancang perbelanjaan korang.. kadang kadang kita ni asyik beli je apa yang terasa minat dihati tanpa memikirkan duit yang perlu digunakan pada masa hadapan.. kamu perlu membuat list barang apa yang akan korang beli bila korang pergi shopping.. ini akan membantu korang untuk mengikut list itu.. listkan barang keperluan yang penting sahaja..



2. Rancang kewangan

rancang kewangan adalah mudah tetapi untuk mengikuti apa yang dirancang adalah payah.. walau bagaimanapun , kegagalan korang untuk mengikutinya akan menjadi sumber motivasi di masa hadapan.. bertindaklah dengan bijak.. mintalah pertolongan daripada yang ariff seperti ibu bapa dan juga keluarga terdekat..


3. Belanja ikut kemampuan

disini memerlukan korang bijak untuk membelanjakan duit korang untuk membeli barang keperluan sahaja.. sekiranya korang tahu mana yang perlu didahulukan, korang bakal mempunyai simpanan sendiri.. selain itu korang juga perlu berbelanja mengikut keperluandan kemampuan.. sekiranya korang berbelanja dengan berlebihan, ia akhirnya mungkin akan membebankan korang dan kedua ibu bapa korang.. jadi tabiat yang buruk ini mesti dijauhi..



4. Simpanan melalui buku

salah satu cara yang boleh digunakan untuk mengawal dan menguruskan perbelanjaan harian korang adalah dengan menggunakan buku simpanan.. dengan cara itu, pengeluran duit sukar dilakukan.. korang tentu akan berfikir dua tiga kali untuk mengeluarkannya.. dari situ ia akan dapat mengawal pengeluaran wang..elakkan menggunkan kad atm yang banyak..

SELAMAT MENCUBA !!

Rahsia Buah-buahan | BIRUMUDA91

Assalamualaikum dan salam sejahtera



banyak betul informasi yang dah kongsikan dengan readers semuakan.. takpe lah.. apa ilmu yang BM ada akan BM kongsikan dengan pembaca semua.. ilmu ni bukannya untuk sorang saja, untuk semuakan.. ilmu tu untuk diamalkan.. hee..

kali ni BM nak kongsikan pulak rahsia buah buahan..


Strawberi

buah perlindungan.. buah strawberi mempunyai antioksida yang tinggi diantara buah buahan utama dan melindungi badan daripada penyakit barah..



                                                      Jambu dan Betik

buah ini didalam carta tertinggi  untuk vitamin c.. mempunyai kandungan vitamin c paling tinggi.. jambu juga kaya dengan serat yang dapat mencegah sembelit.. betik kaya dengan karotin yang amat baik untuk mata..



Lobak merah

tumbuhan ini dikatakan mempunyai minyak dan vitamin yang lengkap seperti A B dan C, garam , potasium dan karotin.. karotin menghalang pertumbuhan dan pembiakan kanser manakala serbuk bijinya boleh diminum umpama teh untuk mengubati penyakit kembung perut di kalangan kanak kanak.. lobak merah juga berupaya mengurangkan kandungan gula dalam badan,mencegah kanser,mengubat kencing manis dan penyakit jantung..



Mangga

buah ini dipercayai berasal dari kawasan sekitar indonesia , selatan asia timur dan india.. buah mangga kaya dengan khasiat dan nilai pemakanan.. setiap 100g mangga didapati mengandungi 2.1g protein,0.5 lemak,14.1g karbohidrat, dan fosforus.. menurut masyarakat india, buah mangga sangat baik untuk perkembangan bayi dalam kandungan..

Saturday, June 25, 2011

Hilangkan Bintik Hitam | BIRUMUDA91

Assalamualaikum dan salam sejahtera 


Anda ada masalah bintik bintik hitam di muka ? jika ada , jom baca entri nie.. entri kali ni akan berkisarkan mengenai bagaimana hendak menghilangkan bintik bintik hitam di muka yang menjejaskan penampilan kita.. 


sebelum kita mengambil langkah untuk menghilangkan bintik hitam ni , kita perlu kenali apa itu bintik hitam.. bintik hitam adalah pori pori yang tersumbat akibat penghasilan kalenjar minyak yang berlebihan.. terdapat dua jenis bintik hitam iaitu 'blackhead' yang kelihatan seperti pori pori yang membesar dan berwarna hitam.. manakala 'whitehead' pula adalah bintik hitam seperti jerawat kecil berwarna putih..


perbezaan diantara 'blackhead' dengan 'whitehead' adalah blackhead bintik hitam yang tertutup manakala whitehead bintik hitam yang terbuka.. bintik bintik hitam ini terjadi apabila sel sel kulit mati yang tersumbat , kalenjar minyak yang berlebihan , sisa solekan , serta udara panas dan lembab.. sekiranya kulit kamu bermasalah , permukaan kulit kamu akan terasa kasar dan tidak sekata .. semua ini , jika dibiarkan akan mengganggu penampilanmu..


disini terdapat tiga cara menghilangkan bintik hitam :


WAP


  • pengewapan wajah berfungsi untuk membuka pori pori kulit , merangsang peredaran darah pada wajah dan mengeluarkan kotoran pada kulit..
  • bersihkan wajah dengan susu pembersih..
  • wap wajah kamu lebih kurang 5 minit dengan menggunakan air panas.. jarakkan wajahmu dengan bekas air tersebut kira kira 30-40 cm..
  • kemudian gunakan tuala kecil untuk membuang bintik hitam dan sel kulit mati yang keluar dari wajahmu..
Gambar hiasan semata mata


SCRUBBING

  • ini merupakan salah satu cara yang paling cepat dan mudah untuk menanggalkan bintik bintik hitam pada wajah.. dengan pemakaian scrub , mungkin bintik bintik hitan pada wajahmu akan dapat disingkirkan dengan lebih cepat.. basahkan kulitmu dengan air dan kemudian sapukan scrub ke wajah dengan gerakan memutar.. kemudian bilas dan bersihkan dengan tuala kering dan akhir sekali sapukan penyegar untuk memberikan kesegaran pada kulit kamu..
Gambar hiasan


PORE PACK

  • pemakaian plaster yang ditampalkan pada hidung juga merupakan salah satu cara yang ringkas dan mudah untuk menanggalkan bintik bintik hitam pada hidung.. melalui cara ini , kamu boleh melakukannya di mana sahaja.. bagaimanapun pore pack ini hanya sesuai untuk bintik bintik hitam di kawasan hidung sahaja.. tetapi jika kamu tersalah mengaplikasikannya, kamu mungkin akan mengalami kepediahn ketika menanggalkannya.. seeloknya bacalah arahan penggunaan dengan teliti sebelum menggunakannya agar kamu tidak mengalami kesakitan ketika menanggalkannya..
sekadar gambar hiasan


SELAMAT MENCUBA 


Tips Untuk Berbisnes | BIRUMUDA91

Assalamualaikum dan salam sejahtera


baiklah.. kali ni BM nak merepek pasal bisnes pulak.. BM nak kongsikan apa yang BM baca dalam majalah tadi.. hehe.. BM nak kongsikan mengenai tips untuk berbisnes.. tidak kiralah kamu membuat bisnes di facebook , blog mahupun jualan langsung.. sebelum BM melalut lebih lanjut lagi , jom baca tips tips dibawah..


                                                      1. Mesra
bisnes ni memerlukan kamu berurusan dengan ramai orang tidak kira secara maya mahupun secara berdepan.. amat penting sekali untuk kamu mesra dengan pelanggan untuk menyakinkan bahawa kamu menjalankan bisnes yang betul.. senyuman perlu sentiasa terukir di bibir kamu bagi menunjukkan kamu seorang yang mesra..



2. Jangan memandang rendah
jangan memandang rendah dengan penampilan pelanggan kita.. kadang kadang orang kaya juga berpenampilan biasa sahaja.. bukan semua orang kaya berpenampilan vogue.. tidak kira pelanggan kamu berpenampiulan macam mana pun , kamu harus melayannya selagi yang termampu.. jangan kerana dia berpakaian biasa kamu terlepas mengaut keuntungan..


3. Pelanggan sentiasa benar
dalam perniagaan kamu perlu meyakinkan mereka untuk membeli produk kamu tetapi bukan senang untuk kamu meyakinkanya.. jika pelanggan kamu tidak bersetuju dengan apa yang kamu kaakan , jangan mengeluarkan kata kata kesat tetapi gunakan kaedah diplomasi dimana gunakan dengan nada yang lembut dan tersusun..


4. Jangan menipu
ini adalah perkara yang amat penting dalam berbisnes.. jangan menjual produk yang tidak berkualiti dan memberi kesan buruk kepada pelanggan.. niarpun kamu berjaya meyakinkan pelanggan tersebut untuk membeli , namun kesannya di kemudian hari pasti ia akan menyusahkan bisnes kamu.. oleh itu, pastikan produk kamu benar benar baik sepertimana kamu sampaikan..


haaa.. diatas ini adalah veverafe tips tips yang voleh kamu ikut untuk berbisnes.. yang penting kamu perlu ikhlas dalam membuat sesuatu dan mendapatkan keredhaanNya.. tips tips diatas diambil dari majalah tetapi ayat tersebut telah diolah oleh penulis..



SHARING IS CARING

nak kereta proton inspira ? 


Rahsia Percaya 100% | BIRUMUDA91

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mempercayai seseorang 100% sebenarnya bukannya semudah yang disangka.. tambahan pula jika kamu baru mengenalinya.. setiap kali bertemu pasti timbul rasa sangsi dan curiga terhadap dirinya.. ada juga di antara kamu yang sudah bercinta bertahun tahun tetapi masih lagi tidak mempercayai pasangannya.. kita sememangnya tidak tidak boleh mempercayai seseorang itu dengan mudah.. 

Gambar hiasan semata mata


namun , dalam perhubungan , tidak wajar sekiranya kamu langsung tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tetapi tidak salah sekiranya kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya.. sekiranya masih sukar untuk kamu melakukannya , cuba ikuti panduan di bawah.. berikut adalah faktor faktor yang boleh mengukuhkan kepercayaan kamu pada dirinya.. jom cuba !!

1. terima si dia seadanya.. terimalah si dia seadanya baik buruk pasangan kamu itu ..

2. komitmen.. berikanlah komitmen yang sebaiknya terhadap pasangan kamu.. komitmen bukanlah sekadar menepati janji tetapi juga menghargai janji yang telah dipersetujui.. 

Cik Google bagi


3. jujur.. kamu perlu jujur terhadap pasangan kamu.. kamu sepatutnya tidak menyembunyikan perkara yang perlu pasangan kamu.. 

4. usah berdendam.. dendam boleh menjadi salah satu faktor sesebuah perhubungan hancur.. walaupun kamu pernah dilukai, janganlah kamu berdendam dengan si dia.. 

5. berterus terang.. kamu perlu berterus terang kepada pasangan kamu.. lagi lagi jika kamu melakukan kesalahan.. perkara akan jadi lebih teruk jika pasangan kamu dapat tahu dari orang lain dan bukannya kamu..



6. beri kebebasan.. bukan semua pasangan inginkan pasangannya sentiasa di sisi ,, ada juga yang inginkan sedikit kebebasan.. lagi lagi lelaki.. mereka tidak suka dikongkong lebih lebih oleh kaum wanita tetapi si lelaki jangan la pulak kongkong wanita jugak.. sama sama beri kebebasan..

7. jauh dimata dekat dihati.. ni berlaku apabila berpisah dlam masa yang lama.. ini akan mengajar erti apa itu rindu yang sebenar.. apapun berlaku, teguhkan pendirian dalam hati bahawa si cinta kamu itu sahaja yang bertakhta di hati kamu..



8. jangan saling menyalahkan.. setiap perhubungan pasti akan mengalami masalah.. apa pun yag terjadi , jangan salahkan sesiapa kecuali benda itu betul betul si dia yang buat.. keegoan seseorang mungkin akan merosakkan perhubungan tersebut..


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA 

Ada Ke Pembaca Dari Oversea? | BIRUMUDA91

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


okey.. entri paling awal untuk hari ini yakni 25 jun 2011..  sebenarnya entri ni BM tulis pada pukul 12:21 am waktu Malaysia.. saja saja je nak tulis entri.. hehe..

mungkin orang puteh pon ada baca blog BM kan.. hehe .. manalah tahu.. walaupun BM tulis dalam bahasa melayu kan ada google translate.. apa susahkan.. sekarang nie dunia dah maju.. haha..

sebenarnya i feel weird apabila ada jugak readers dari oversea baca blog BM.. mana BM tahu ? BM tahu dari statistik blog BM laa.. ada je dari US , Qatar dan macam macam lagilah.. just want to know kalau ada readers yang baca blog BM nie yang dari oversea, sila sila la tinggalkan link blog anda supaya BM boleh terjah balik ke blog anda..

and boleh gak berkenal kenalan dan berkongsi pengalaman dari sesiapa yang tinggal di negara orang tu kan.. so, once again, please drop your link and comment yea..



DON'T HESITATE TO DROP YOUR COMMENT AND YOUR BLOG LINK

idea ni dari abg ben , abg ben buat , BM pun nak buat lah.. hehe


Friday, June 24, 2011

Info Mengenai Lelaki | BIRUMUDA91

Assalamualaikum dan salam sejahtera

hmm .. berdasarkan survey Nuffnang mengenai jantina yang menjadi pembaca blog BM nie menunjukkan ramai dari kalangan wanita.. so , kali ni BM nak tulis entri mengenai lelaki .. seseorang lelaki itu dijadikan untuk seseorang wanita mengikut fitrah.. bagi wanita diluar sana , anda mesti baca entri ini..


LELAKI MARAH APABILA



  • Si dia merendah rendahkan keluarganya
  • Meninggikan suara apabila bercakap dengannya
  • Selalu mengungkit pasal wang ringgit
  • Menduakan kamu
  • Tidak menghormati dirimu sebagai kekasihnya


LELAKI SETIA DAN JUJUR APABILA

  • tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya
  • cuba luangkan masa lebih banyak dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar
  • membanggakan kekasihnya didepan orang lain
  • apabila timbul orang ketiga, kamu akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut balik kekasihnya
  • kamu menganggap kekasihmu sebagai seorang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri
  • bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang wanita




Rahsia Disebalik Warna | BIRUMUDA91

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Rahsia disebalik warna .. terdapat pelbagai warna dalam dunia ni .. biru , kuning , hijau dan lain lain .. yang kita tak pernah dengar pon ada .. hasil dari campuran beberapa warna la tuu .. kalau warna merah orang cakap berani manakala kalau warna biru ketenangan kan .. jom kita lihat apakah rahsia disebalik warna warna ni yang mungkin kita tidak tahu ..



Ungu


+ seorang yang murah hati
+ hatinya merdeka dan tidak mahu diperintah
+ dingin dan kehendaknya meluap luap
+ jarang berjaya

Hitam

+ seorang yang suka bermurung
+ prihatin
+ kuat menghadapi halangan dan cabaran
+ tidak mudah terpengaruh
+ setia pada suami/ isteri
+ hatinya baik dan cepat tersinggung

Biru Muda

+ seorang yang suka merendah diri
+ suka mengalah
+ suka berkorban perasaan
+ cerdas
+ pandai dan berotak berlian


Kelabu

+ suka mengelamun
+ romantik
+ sabar dan tenang menghadapi masalah
+ mengada adakan dan suka bergosip

Merah

+ seorang yang berani
+ emosional dan tegas
+ tamak haloba
+ tahan melarat dan hidup senang

Biru



+ setia pada pasangan
+ Senang kendali wang
+ kuat kemahuan
+ berterus terang dan jujur
+ cepat memaafkan dan tegas



Kuning

+ suka akan ilmu
+ gemar membaca
+ tekun dan cerdas
+ tabah hadapi cabaran

Putih

+ suci bersih
+ punyai fikiran yang tidak ber pra sangka
+ ramah dan sopan santun
+ kuat menerima ilmu
+ damai dan berubah alam fikirannya

Coklat

+ punyai sifat keibuan dan kebapaan
+ suka merendah diri
+ sopan dan berbudi bahasa
+ sentiasa was was



Hijau

+ seorang yang subur dan damai
+ cintakan kebahagiaan
+ tak suka peperangan
+ patuh pada agama
+ berpendirian teguh
+ kelihatan agak kolot



ANDA WARNA APA ? KONGSIKAN DENGAN SAYA
TINGGALKAN KOMEN ANDA



MAIN SPONSOR

ASAL USUL KU

Blogger Perak - We Are Family